fbpx
Now Reading
Gara-Gara Suami Berhutang, Wanita Kena Culik, Dikurung & Diseksa 10 Hari Ketika Bercuti Di Penang

Gara-Gara Suami Berhutang, Wanita Kena Culik, Dikurung & Diseksa 10 Hari Ketika Bercuti Di Penang

Menurut PDRM, pada 15 September suami kepada mangsa yang juga warga Indonesia telah datang membuat laporan mendakwa isterinya telah diculik sekumpulan individu tak dikenali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Gara-gara suami tidak membayar hutang yang dipinjamnya, seorang wanita berdepan detik hitam dan mencemaskan apabila diculik, dikurung serta diseksa oleh sekumpulan individu dalam sebuah rumah di Pulau Pinang.

Dia yang juga seorang warga Indonesia telah dikurung selama 10 hari sebelum berjaya diselamatkan oleh pasukan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, JSJ Pulau Pinang dan JSJ Selangor pada 17 September lalu.

Suami buat laporan dakwa isteri kena culik individu tak dikenali

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin sebelum ini Balai Polis Kinrara telah menerima laporan suami wanita berkenaan yang mendakwa isterinya telah diculik oleh sekumpulan individu tak dikenali pada 15 September.

Perkara itu berlaku ketika mangsa berada di Georgetown, Pulau Pinang untuk bercuti, lapor Harian Metro.

Ujar Kok Chin, lelaki itu mendakwa isterinya dikurung dan dicederakan di satu lokasi yang tidak diketahui.

Minta wang RM540,000 kepada suami mangsa

Malah suspek turut meminta duit sebanyak RM540,000 sebagai tebusan untuk isterinya dilepaskan.

“Bertindak atas maklumat, mangsa diselamatkan dalam Op Scorpion menerusi serbuan terhadap sebuah rumah di Shah Alam, Selangor, pada jam 5.10 pagi.

“Mereka menggunakan kenderaan berlainan untuk membawa mangsa ke Shah Alam supaya pergerakan sukar dikesan.

“Turut diselamatkan ialah seorang lagi lelaki yang mendakwa dikurung kerana gagal menjelaskan hutang dan kedua-dua mangsa masing-masing berusia 36 dan 27 tahun,” katanya.

Foto: PDRM
Foto: PDRM

Polis tahan 14 individu

Ekoran dari itu, polis kemudian berjaya menahan 14 suspek yang disyaki terlibat dalam kes berkenaan sekitar jam 6 pagi hingga 10.30 malam, pada hari sama.

Polis menahan 10 lelaki dan dua wanita yang merupakan warga tempatan dan dua lagi lelaki warga asing. Kesemua suspek berusia sekitar 23 hingga 70 tahun.

“Mereka ditahan di sekitar Pulau Pinang, Perak, Kuala Lumpur dan Selangor dan ujian saringan air kencing terhadap semua suspek didapati negatif dadah manakala lima daripadanya mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah.

“Kesemua suspek termasuk dalang yang berusia 35 tahun direman selama tujuh hari sehingga 23 September bagi membantu siasatan,” jelas Kok Chin.

Rampas beberapa barangan seperti jarum, batang besi dan banyak lagi

Selain itu, semasa penahanan suspek polis turut membuat rampasan barangan seperti:

  • Empat kereta
  • Telefon bimbit
  • Pengikat kabel (Cable tie)
  • Jarum
  • Batang besi
  • Rantai besi
  • Getah paip
  • Wang tunai bernilah RM4,800
  • Kad bank
  • Resit pajak gadai
  • Kad Touch N Go
Foto: PDRM
Foto: PDRM

Suami mangsa dah bayar RM50,750 tetapi isteri masih tak dibebaskan suspek

Hasil siasatan mendapati, suami mangsa yang juga seorang warga Indonesia dan bekerja sebagai kontraktor di Malaysia telah berhutang dengan suspek.

Walau bagaimanapun, ketika mangsa dikurung dia telah membayar sebanyak RM50,750 melalui dua transaksi namun isterinya tetap tidak dibebaskan bahkan telah diseksa.

Mangsa dipercayai dicucuh putung rokok, kuku diumpil dan tangan diikat

Kedua-dua mangsa mempunyai kesan kecederaan di bahagian badan dipercayai kerana didera oleh suspek ketika mereka dikurung.

“Terdapat kesan luka pada tangan mangsa dipercayai dicucuh dengan puntung rokok manakala kuku pula diumpil menggunakan jarum selain kaki dan tangan turut diikat menggunakan pengikat kabel serta rantai besi.

“Polis masih menjalankan siasatan sama ada suspek mempunyai kaitan dengan sindiket along. Hutang perlu dijelaskan, tetapi cara yang dilakukan suspek tidak wajar.”

Kes disiasat mengikut Seksyen 3(1) Akta Culik 1961 manakala mangsa telah dibawa ke hospital untuk dirawat dan dilaporkan beradaa dalam keadaan stabil.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.