Umum mengetahui hari ini (13 Oktober), Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen Malaysia.
Menerusi pengumuman tersebut, sebanyak RM393.8 bilion telah diperuntukkan bagi pelaksanaan inisiatif dan bantuan khas untuk negara dan rakyat.
Sektor pendidikan masih menjadi keutamaan terutamanya pendidikan tinggi dalam melahirkan graduan yang dapat memenuhi keperluan tenaga kerja negara.
Bagi merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM16.3 bilion berbanding 15.3 bilion pada tahun yang lalu khusus buat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi penambahbaikan infrastruktur serta pembangunan ilmu dan bakat graduan.
Melalui peruntukan tersebut, ia merangkumi perkara berikut:
Bagi menggalakkan graduan membuat bayaran balik pinjaman pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kerajaan melalui belanjawan kali ini sekali lagi meneruskan insentif pemberian diskaun bayaran balik bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.
Walau bagaimanapun, kadarnya adalah berbeza mengikut jumlah bayaran yang dibuat iaitu kadar diskaun 10% bagi bayaran penuh pinjaman dan bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki pinjaman sekali bayaran serta diskaun sebanyak 15% bagi bayaran yang dibuat secara potongan gaji atau bayaran terus secara berjadual.
Melalui belanjawan kali ini juga, yuran pendaftaran masuk bagi pengajian di universiti awam telah ditetapkan tidak melebihi RM1,500 bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir terutamanya pelajar miskin dalam menyambung pengajian.
Penetapan jumlah ini dibuat selari dengan jumlah Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) yang diberikan berjumlah RM1,500 kepada pelajar baharu.
Malah, pelajar universiti sedia ada yang tidak berkemampuan untuk membayar yuran juga turut diberikan kelonggaran dan keistimewaan dengan diberikan kebenaran untuk meneruskan pengajian serta menyelesaikan bayaran yuran selepas pendaftaran subjek.
Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…
Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…
Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…
Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…
Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…
Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…