fbpx
Now Reading
Belanjawan 2024: Terima Peruntukan RM16.3 Bilion, Ini Senarai Peruntukan Di Bawah KPT

Belanjawan 2024: Terima Peruntukan RM16.3 Bilion, Ini Senarai Peruntukan Di Bawah KPT

Jumlah peruntukan ini meningkat berbanding RM15.3 bilion yang diterima oleh Kementerian Pendidikan Tinggi dalam belanjawan yang lalu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui hari ini (13 Oktober), Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah membuat pembentangan Belanjawan 2024 di Parlimen Malaysia.

Menerusi pengumuman tersebut, sebanyak RM393.8 bilion telah diperuntukkan bagi pelaksanaan inisiatif dan bantuan khas untuk negara dan rakyat.

Sektor pendidikan masih menjadi keutamaan terutamanya pendidikan tinggi dalam melahirkan graduan yang dapat memenuhi keperluan tenaga kerja negara.

Sektor Pendidikan Tinggi Terima Dana 16.3 Bilion

Bagi merealisasikan hasrat tersebut, kerajaan telah memperuntukkan sebanyak RM16.3 bilion berbanding 15.3 bilion pada tahun yang lalu khusus buat Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT) bagi penambahbaikan infrastruktur serta pembangunan ilmu dan bakat graduan.

Melalui peruntukan tersebut, ia merangkumi perkara berikut:

  • RM250 juta bagi mengganti dan meluaskan capaian Wi-Fi di Universiti Awam. Dana ini juga termasuk RM5 juta bagi pendigitalan di hospital universiti.
  • RM300 juta ringgit bagi memastikan keselesaan dan keselamatan institusi IPT melalui pembaikan prasarana serta menggantikan peralatan yang usang. RM50 juta daripada jumlah ini diperuntukkan bagi perolehan peralatan di empat universiti teknikal Malaysia (MTUN).
  • RM5 juta diperuntukkan khusus golongan rentan seperti OKU, Orang Asli, Ibu Tunggal dan warga emas menyertai program Pembelajaran Sepanjang Hayat di 105 kolej komuniti seluruh negara yang dapat manfaatkan 5,000 komuniti tumpuan.
  • Peruntukan RM1 juta kepada Universiti Awam bagi memperkasa Program Pengupayaan Komuniti MADANI dan Program Pemulihan Komuniti OKU.
  • RM20 juta bagi penubuhan Fakulti Kecerdasan Buatan (AI) di Universiti Teknologi Malaysia (UTM).

Diskaun Bayaran Balik Pinjaman PTPTN & Yuran Pengajian Tidak Lebih RM1,500

Bagi menggalakkan graduan membuat bayaran balik pinjaman pembiayaan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), kerajaan melalui belanjawan kali ini sekali lagi meneruskan insentif pemberian diskaun bayaran balik bermula 14 Oktober 2023 hingga 31 Mac 2024.

Walau bagaimanapun, kadarnya adalah berbeza mengikut jumlah bayaran yang dibuat iaitu kadar diskaun 10% bagi bayaran penuh pinjaman dan bayaran sekurang-kurangnya 50% daripada baki pinjaman sekali bayaran serta diskaun sebanyak 15% bagi bayaran yang dibuat secara potongan gaji atau bayaran terus secara berjadual.

Melalui belanjawan kali ini juga, yuran pendaftaran masuk bagi pengajian di universiti awam telah ditetapkan tidak melebihi RM1,500 bagi memastikan tiada pelajar yang tercicir terutamanya pelajar miskin dalam menyambung pengajian.

Penetapan jumlah ini dibuat selari dengan jumlah Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) yang diberikan berjumlah RM1,500 kepada pelajar baharu.

Malah, pelajar universiti sedia ada yang tidak berkemampuan untuk membayar yuran juga turut diberikan kelonggaran dan keistimewaan dengan diberikan kebenaran untuk meneruskan pengajian serta menyelesaikan bayaran yuran selepas pendaftaran subjek.

Foto: RTM
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.