fbpx
Now Reading
Didakwa Ambil Rasuah Untuk Bantu Calon Lulus Ujian Memandu, Pasangan Suami Isteri Dicekup SPRM

Didakwa Ambil Rasuah Untuk Bantu Calon Lulus Ujian Memandu, Pasangan Suami Isteri Dicekup SPRM

Jumlah wang songokan yang diberi adalah bernilai RM400 hingga RM1,000 untuk calon lulus ujian tanpa perlu hadir kelas dan duduki ujian.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada 22 Oktober lalu, pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Johor telah menahan tiga wanita kerana menerima rasuah.

Dua dari wanita yang ditahan itu bertugas sebagai Pegawai khidmat pelanggan di Rangkaian Interaktif Laman Elektronik Kerajaan (RILEK) di Cawangan Kota Tinggi manakala seorang lagi adalah kerani di Pusat Lesen Memandu.

3 wanita ditahan didakwa terima rasuah untuk bantu calon lulus ujian

Memetik laporan Kosmo, sumber memaklumkan mereka ditahan sekitar jam 9 malam di Pejabat SPRM Johor dan suspek berusia dalam lingkungan 23 hingga 34 tahun. Penahanan itu dilakukan selepas sebuah operasi dijalankan dengan kerjasama daripada syarikat konsesi untuk aplikasi utama kerajaan.

Turut difahamkan suspek didakwa telah menerima rasuah dari calon peserta yang mengambil bahagian dalam ujian Bahagian 1 Berkomputer Lesen Memandu bagi membantu individu terbabit lulus dalam ujian berkenaan.

Pasangan suami isteri turut ditahan disyaki atas kes sama

Susulan daripada penahanan tiga wanita berkenaan, pihak SPRM turut menahan satu pasangan suami isteri yang disyaki terlibat dalam kes sama.

Pasangan yang ditahan itu merupakan pengurus pentadbiran dan juga pengurus pemasaran di sebuah pusat latihan memandu.

Difahamkan, nilai rasuah yang dibayar oleh calon bernilai RM400 hingga RM1,000 kerana mahu lulus ujian tersebut tanpa perlu memasuki kelas dan juga menduduki ujian.

Jumlah keseluruhan yang ditahan atas kes tersebut termasuk pasangan suami isteri adalah lima individu.

Walau bagaimanapun, mereka dipercayai daripada sekolah memandu yang berlainan.

Penahanan disahkan oleh Pengarah SPRM Johor

Penahanan suspek turut disahkan oleh Pengarah SPRM Johor, Datuk Azmi Alias dan kes disiasat mengikut Seksyen 16 (a)(A) Akta SPRM 2009.

Beliau bagaimanapun turut mengingatkan kepada para calon bahawa mereka wajib menjalani ujian yang ditetapkan sebagai salah satu syarat untuk melayakkan mereka memiliki lesen memandu.

Bukan hanya itu, mereka juga perlu mempelajari dan memahami setiap undang-undang jalan raya supaya menjadi pengguna yang berilmu apabil berada di jalan raya.

“Syarikat yang mengendalikan ujian berkomputer juga perlu memastikan bahawa setiap calon yang menduduki ujian berkenaan hadir dan tidak diwakili mana-mana individu lain dan tiada jalan pintas dalam mendapatkan lesen memandu, kerana ia melibatkan nyawa pengguna jalan raya lain,” jelasnya dipetik Harian Metro.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.