Tular Video Jambatan Retak, Kerajaan Negeri Sahkan Insiden Bukan Di Pulau Pinang

Umum mengetahui Pulau Pinang merupakan antara negeri yang sering menjadi destinasi pelancongan baik individu dalam mahupun luar negara.

Ini kerana kebanyakan daripada mereka menganggap negeri tersebut sebagai ‘syurga makanan’. Malah, mercu tanda seperti Menara Komtar, Kuil Kek Lok Si dan Jambatan Pulau Pinang turut menjadi tarikan pelancong.

Sebut sahaja tentang Jambatan Pulau Pinang, siapa sahaja yang tidak kagum apabila melalui jambatan tersebut.

Namun, beberapa hari yang lalu, tular di media sosial video penemuan keretakan yang terdapat di mercu tanda negeri itu hingga menimbulkan kerisauan pengguna.

Kerajaan Negeri Sahkan Video Tular Bukan Berlaku Di Pulau Pinang

Terbaharu, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menolak dakwaan video tular di media sosial yang menunjukkan sebahagian tembok Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah atau Jambatan Kedua Pulau Pinang retak.

Menurut Pengerusi Infrastruktur, Pengangkutan dan Pembangunan Digital Negeri Zairil Khir Johari, hasil semakan pihaknya mendapati video tersebut merupakan kejadian yang berlaku di luar negara.

“Pejabat ini telah membuat semakan bersama pihak Jambatan Pertama dan Kedua Pulau Pinang.

“Hasil semakan, video tersebut merupakan video lama dan insiden jambatan retak berlaku di luar negara sekitar tahun 2014,” katanya yang dipetik dari Kosmo.

Susulan daripada insiden yang tular ini, dia mengharapkan agar orang ramai tidak menyebarkan video tersebut sehingga menimbulkan ketakutan kepada umum.

Terdahulu, tular di media sosial video berdurasi 28 saat yang memaparkan insiden kononnya berlaku keretakan tembok di Jambatan Pulau Pinang yang kedua.

Namun, berdasarkan komen daripada warganet di video tersebut melalui akaun TikTok, kebanyakan daripada mereka tidak percaya bahawa jambatan yang dipaparkan merupakan Jambatan Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah yang terletak di Pulau Pinang.

Berikut merupakan antara komen netizen:

Ini Bukan Jambatan Pulau Pinang

Bukan Jambatan Malaysia, Tu Dengar Dia Cakap Macam Orang Brazil

Ini Bukan Dekat Pulau Pinang

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

1 day ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

1 day ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

1 day ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

1 day ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

1 day ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

1 day ago