fbpx
Now Reading
Exco Pulau Pinang Bidas Laporan Bukit Bendera Sebagai 9 Daripada 100 Destinasi Perangkap Pelancong

Exco Pulau Pinang Bidas Laporan Bukit Bendera Sebagai 9 Daripada 100 Destinasi Perangkap Pelancong

USA Today turut menyenaraikan Bukit Bendera di tangga ke-14 sebagai destinasi tumpuan yang overrated.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pulau Pinang merupakan antara destinasi pelancongan popular di Malaysia yang sering menjadi pilihan pelancong tempatan dan luar negara.

Antara yang menjadi tarikan utama pelancong untuk berkunjung ke negeri ini adalah disebabkan oleh makanan dan tempat menarik.

Sebut sahaja tentang tempat menarik di Pulau Pinang, Bukit Bendera menjadi antara destinasi wajib yang patut dilawati sewaktu berkunjung ke negeri itu.

Namun, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh USA Today pada 24 Ogos yang lalu, hasil kajian menunjukkan Bukit Bendera berada di tempat kesembilan daripada 100 destinasi pelancongan perangkap pelancong.

Nafi Dakwaan Bukit Bendera Sebagai Destinasi Perangkap Pelancong

Ekoran daripada kenyataan ini, Kerajaan Negeri Pulau Pinang menafikan dakwaan seperti yang dinyatakan dalam artikel USA Today.

Menurut Exco Pelancongan dan Ekonomi Kreatif Wong Hon Wai, kenyataan yang diterbitkan oleh artikel berkenaan adalah tidak benar kerana ia hanya dibuat berdasarkan 24 ulasan buruk yang diambil secara rawak.

Tambah beliau lagi, pengumpulan data pula hanya berdasarkan ulasan yang menggunakan satu bahasa sahaja iaitu Bahasa Inggeris.

“Artikel itu tidak mengambil dari ulasan yang dibuat dalam bahasa lain antaranya bahasa Melayu, Tamil, Mandarin, Arab dan sebagainya serta tinjauan dibuat sangat terhad.

“Rumusan dibuat hanya berdasarkan 24 komen buruk mengenai Bukit Bendera sedangkan jumlah ulasan baik lebih banyak daripada ulasan berkenaan (buruk),” kata beliau.

Dikunjungi Sejuta Pelancong Setahun

Menurut Hon Wai, sejak ia mula dibuka pada tahun 1923, sebanyak 47 juta pelancong direkodkan telah berkunjung ke destinasi pelancongan itu.

“Setiap tahun, lebih satu juta pengunjung mengunjungi pusat peranginan yang terletak di Air Itam itu. Kebanyakan mereka adalah pengunjung yang bukan pertama kali datang ke situ.

“Ini menunjukkan, mereka (pengunjung) kembali ke Bukit Bendera kerana terpesona dengan keindahan di situ. Jumlah pengunjung yang direkodkan jelas menunjukkan Bukit Bendera adalah salah satu tarikan utama di Pulau Pinang,” ujarnya.

Menurutnya lagi, kerajaan negeri sentiasa melakukan penambahbaikan antaranya seperti pelaksanaan Projek Kereta Kabel Bukit Bendera yang bernilai RM245 juta dan dijangka siapdalam tempoh tiga tahun lagi.

“Projek ini akan memberi satu pengalaman baru kepada pelancong Bukit Bendera setelah ia siap kelak,” ujarnya lagi.

Terdahulu, akhbar harian Amerika Syarikat USA Today telah menerbitkan satu artikel yang menyenaraikan destinasi pelancongan perangkap pelancong (tourist trap) di dunia.

Artikel itu adalah berdasarkan hasil analisis daripada 23.2 juta ulasan Google mengenai 500 tarikan pelancongan popular di dunia merangkumi 65 negara pada Julai 2023.

Apa yang mengejutkan adalah Bukit Bendera tersenarai di tangga kesembilan daripada 100 destinasi perangkap pelancong.

Malah, ia tersenarai sebagai destinasi 'overrated' atau dalam bahasa mudahnya indah khabar dari rupa. Bagi senarai ini, Bukit Bendera disenaraikan di tangga ke-14.

Artikel tersebut diterbitkan berdasarkan hasil dapatan akhbar berkenaan terhadap ulasan yang banyak menggunakan perkataan perangkap pelancong (tourist trap), dinilai berlebihan (overrated) dan mahal (expensive).

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.