fbpx
Now Reading
Roti Canai Diumum Sebagai Roti Terbaik Dunia

Roti Canai Diumum Sebagai Roti Terbaik Dunia

Ranking terbaharu itu diumumkan oleh laman makanan, Tasteatlas pada Ahad,10 September.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, Malaysia kaya dengan kepelbagaian kaum serta adat dan budaya. Selain itu, negara yang terdiri daripada masyarakat majmuk ini turut terkenal dalam kalangan pelancong luar kerana keunikan destinasi pelancongan dan makanan tradisinya.

Oleh sebab itu, tidak hairanlah pada masa kini dapat dilihat di media sosial banyak pempengaruh atau influencer yang berasal luar Malaysia gemar membuat video berkaitan keunikan makanan negara ini antaranya seperti The Food Ranger dan Rhys William.

Ini kerana makanan popular antaranya seperti nasi lemak, asam laksa, sate dan roti canai mempunyai daya tarikannya yang tersendiri.

Roti Canai Dinobat Sebagai Roti Terbaik Dunia

Tahukah anda, salah satu hidangan popular rakyat Malaysia iaitu roti canai dinobat sebagai roti terbaik di dunia oleh laman makanan, Tasteatlas.

Pengumuman itu dibuat menerusi Facebook dan Instagram rasmi mereka semalam (10 September).

Menerusi hantaran yang dikongsikan, roti canai berjaya mengalahkan hidangan roti popular dari negara lain seperti roti naan yang berasal dari negara India dan juga roti daripada negara Eropah yang sememangnya terkenal dalam pembuatan pastri.

Best breads in the world, current ranking. View more at www.tasteatlas.com/breads

Posted by TasteAtlas on Saturday, 9 September 2023

Bukan Kali Pertama Diumumkan Sebagai Yang Terbaik

Ini bukanlah kali pertama roti canai diumumkan sebagai yang terbaik di dunia. Sebelum ini, hidangan popular rakyat Malaysia ini pernah mendapat pengiktirafan sebagai ‘roti rata’ terbaik di dunia pada Julai yang lalu.

Malah, pada tahun lalu juga, roti canai turut dianugerahkan sebagai ‘makanan jalanan’ terbaik di dunia oleh laman web antarabangsa itu.

Menjengah ke ruangan komen di Facebook rasmi Tasteatlas, kebanyakan warganet terutamanya dari kalangan rakyat Malaysia menzahirkan rasa bangga dengan pencapaian ini.

Segelintir daripada mereka mengakui tentang kesedapan dan keunikan makanan itu yang mempunyai rasa yang tersendiri.

Malaysia Boleh!

Roti Canai & Teh Tarik, kombinasi Yang Terbaik

Roti Canai Hidangan Sarapan Yang Terbaik

Untuk info, Tasteatlas merupakan laman web yang menawarkan perkhidmatan dan maklumat berkaitan makanan tradisional dan tempatan serta restoran yang terbaik di seluruh negara.

Lazimnya, setiap pengguna akan membuat undian bagi menentukan makanan atau hidangan yang terbaik mengikut setiap kategori.

Bagi kategori hidangan roti terbaik di dunia, sehingga 4 September yang lalu, 14,404 undian telah direkodkan daripada pengguna di peringkat global.

Baca Artikel Berkaitan: Restoran Di Melbourne Cari Penebar Roti Canai, Tawar Gaji Cecah RM200,000

Baca Artikel Berkaitan: Makanan Ikonik Rakyat Malaysia, Roti Canai Dijangka Naik Harga

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.