fbpx
Now Reading
Tiada Kes Berkaitan Cermin Gelap Akan Dibawa Ke Mahkamah & Dipenjara – Anthony Loke

Tiada Kes Berkaitan Cermin Gelap Akan Dibawa Ke Mahkamah & Dipenjara – Anthony Loke

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu yang dibangkitkan oleh beberapa pihak di media sosial mengenai persoalan kesalahan memasang cermin gelap seolah-olah boleh dijatuhi hukuman penjara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook menegaskan bahawa tiada lagi pesalah cermin gelap di bawah ke mahkamah dan dijatuhi hukuman penjara.

Anthony berkata beliau mengesahkan perkara itu dengan Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

Timbul persoalan di media sosial bahawa cermin gelap boleh dijatuhi hukuman penjara

Beliau berkata demikian bagi menjelaskan isu yang dibangkitkan oleh beberapa pihak di media sosial mengenai persoalan kesalahan memasang cermin gelap seolah-olah boleh dijatuhi hukuman penjara.

“Itu tak betul, memang dari segi undang-undang sekiranya mana-mana pihak yang tidak membayar kompaun boleh dibawa ke mahkamah.

“Itu adalah satu peraturan yang general yang boleh dikenakan denda sehingga tidak melebihi RM2,000 atau penjara tidak melebihi enam bulan,” katanya.

Hukuman penjara dikenakan bagi semua jenis kesalahan yang enggan membayar kompaun

Menurutnya, hukuman terbabit akan dikenakan bagi kesemua jenis kesalahan jalan raya sekiranya individu-individu yang dikenakan kompaun tidak menjelaskannya.

“Saya telahpun mengesahkan dengan pihak bahagian darat (APAD) dan JPJ bahawa selama ini tidak pernah ada satu kes pun cermin gelap ini dibawa ke mahkamah.

“Maksudnya tak timbul soal bahawa kalau salah guna cermin gelap itu akan dipenjarakan.

“Saya harap penjelasan ini dapat memberi penerangan kepada pihak orang ramai bahawa kerajaan tidaklah sampai nak memenjarakan orang sekiranya menggunakan cermin gelap,” katanya.

Anthony pada 2019 telah melonggarkan undang-undang cermin gelap kenderaan

Menurutnya lagi, beliau pada tahun 2019 yang lalu juga telah melonggarkan undang-undang tentang penggunaan cermin gelap bagi kenderaan persendirian.

“Kita mengkaji semula peraturan, melihat kepada praktis di luar negara yang mematuhi peraturan-peraturan United Nation,” katanya ketika pergulungan perbahasan Belanjawan 2024 peringkat kementerian di Dewan Rakyat hari ini (2 November).

Kadar ketelusan cahaya (VLT) yang dibenarkan pada ketika ini

Jelas Anthony, pada ketika ini kadar ketelusan cahaya (VLT) bagi cermin hadapan adalah 70%, manakala bagi cermin sisi di bahagian pemandu pula sebanyak 50% dan dibenarkan gelap sepenuhnya bagi cermin bahagian belakang.

Terdahulu pada 6 Oktober, JPJ mengingatkan pemilik kenderaan persendirian agar mematuhi peraturan penggunaan cermin gelap dan mereka yang ingkar boleh dikenakan hukuman denda RM2,000 atau penjara enam bulan.

Hukuman tersebut hanya dikenakan bagi pesalah yang ingkar membayar kompaun sahaja, namun telah disalah anggap segelintir individu.

Video penuh di Awani

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.