fbpx
Now Reading
Warga Emas Maut, Telekung Tersangkut Pada Tayar Belakang Motosikal

Warga Emas Maut, Telekung Tersangkut Pada Tayar Belakang Motosikal

Motosikal jenis Yamaha 135 LC yang ditunggang lelaki berumur 64 tahun dan pembonceng wanita berusia 60 tahun dalam perjalanan dari rumah mereka menghala ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Niat pasangan suami isteri yang mahu menunaikan solat Maghrib berjemaah di Masjid Kariah Juasseh di Negeri Sembilan tidak kesampaian apabila mereka dilaporkan mengalami kemalangan ketika menaiki motosikal.

Motosikal yang dinaiki mereka telah hilang kawalan dipercayai akibat telekung yang dipakai oleh isterinya tersangkut pada tayar bahagian belakang kenderaan itu.

Memetik laporan Harian Metro, seorang lelaki warga emas maut dalam satu insiden yang berlaku pada malam semalam (2 November) kira-kira jam 7:00 petang ketika menunggang motosikal bersama isterinya.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Gani menjelaskan mangsa iaitu penunggang motosikal disahkan maut sewaktu menerima rawatan pada jam 3:50 pagi hari ini (3 November) di Hospital Kuala Pilah.

Siasatan awal mendapati kemalangan dipercayai berlaku ketika motosikal jenis Yamaha 135 LC yang ditunggang lelaki berumur 64 tahun dan pembonceng wanita berusia 60 tahun dalam perjalanan dari rumah mereka menghala ke masjid untuk menunaikan solat Maghrib.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah Superintendan Amran Mohd Gani.

Isteri kepada mangsa juga dibawa ke Hospital Kuala Pilah selepas dilaporkan mengalami kecederaan di bahagian muka, bibir dan patah beberapa batang gigi.

Kes tersebut kini disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Harian Metro)

5 Langkah Keselamatan Bagi Pembonceng Motosikal

Selain penungggang motosikal, pembonceng juga perlu mengambil perhatian dengan langkah keselamatan ketika menaiki motor.

Ini kerana tindakan penumpang di bahagian belakang juga boleh mempengaruhi cara pengawalan motosikal ketika ia dipandu.

Gambar sekadar hiasan. (Sumber: Suara.com)

Antara langkah keselamatan untuk para pembonceng motosikal adalah:

  • Memakai pakaian yang bersesuaian.
    • Antara alat keselamatan yang perlu dipakai adalah topi keledar bagi mengelakkan dari terdedah kepada bahaya dan risiko kemalangan. Selain itu, pemakaian kain bagi wanita perlu lebih berhati-hati kerana ia akan mudah bergerak apabila melawan tiupan angin.
  • Elakkan dari melakukan sebarang gerakan mengejut.
    • Pergerakan penumpang di bahagian belakang boleh mempengaruhi imbangan motosikal lebih-lebih lagi jika seseorang itu mempunyai berat badan yang berbeza.
  • Ikut gerakan penunggang ketika membelok.
    • Semasa melalui jalan yang membelok ke kiri atau kanan, pembonceng perlu mengikut pergerakan penunggang dan tidak boleh menyongsangkan badan dari arah berlainan.
  • Tidak boleh duduk secara sisi.
    • Elakkan dari membonceng motosikal dengan cara duduk di bahagian sisi kerana ia boleh menyebabkan penunggang motosikal sukar untuk menyeimbangkan motor ketika membelok.
  • Menunggu sehingga penunggang dan enjin motosikal sudah dihidupkan.
    • Sebelum membonceng di bahagian belakang, pastikan enjin motor sudah dihidupkan dan penunggang juga sudah bersedia di atas kenderaan tersebut.

Semoga tips keselamatan ini dapat melindungi keselamatan pembonceng motosikal di luar sana ketika menaiki kenderaan berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Baru 6 Hari Kahwin, Suami Maut Lepas Motor Langgar Lubang Jalan Di Pahang

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Hilang Kawalan & Tersungkur Atas Jalan Raya Lepas Motosikal Lalu Di Garisan Putih

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Warga Emas Kemalangan Motor Pukul 5 Pagi Sambil Tahan Sejuk Seorang Diri

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.