fbpx
Now Reading
Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada baru-baru ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, pernah tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah kenderaan bergerak dalam keadaan nozel pam masih terletak di corong tangkinya.

Pemandu kereta jenis Perodua Axia itu seakan tidak menyedari langsung tentang perkara terbabit dan hanya memandu seperti biasa sehinggalah ditegur oleh seorang penunggang motosikal.

Dejavu, video Axia terbawa nozel pam tular lagi

Seperti dejavu, kini tular lagi video sebuah kereta dari model yang sama, Perodua Axia yang menghadapi situasi mirip kejadian tempoh hari.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @espada1306, kelihatan pemandu kereta terbabit sudah ingin meninggalkan kawasan stesen minyak tersebut.

Pekerja stesen minyak bantu tegur dan cabutkan nozel pam

Bagaimanapun, salah seorang pekerja stesen minyak berkenaan segera menghampiri dan menegur pemandu itu sebelum membantunya mencabut nozel pam yang terletak di tangki minyak keretanya.

Pemandu Axia berkenaan juga dilihat dengan segera mengundurkan kenderaannya ke kawasan pam yang diisinya tadi.

“Owner (pemandu) ni mesti banyak fikir masalah sampai lupa nak letak nozel itu balik,” tulis pemilik video di ruangan kapsyen.

@espada1306

owner ni mesti banyak fikir masalah sampai lupa nak letak nozzle tu balik 😞✋. #malaysiacore #fypシ #kejadiananeh

♬ Dari planet lain – Sal Priadi

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada baru-baru ini.

Lumrah kehidupan, pasti setiap manusia itu tidak dapat melarikan diri daripada melakukan kesilapan seperti cuai, lupa, terlepas pandang dan sebagainya.

Kesilapan sedemikian adalah perkara biasa, yang penting belajar dan berusaha agar tidak mengulanginya lagi di masa hadapan.

Netizen beri pelbagai reaksi, dakwa pernah lihat video situasi sama di kereta jenis sama

Sementara itu, menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial selepas melihat video terbabit.

Malah, ada netizen yang mendakwa pernah melihat video tular situasi yang sama yang dihadapi oleh jenis kereta sama.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.