Siti Bainun Hilang 60Kg, Berat Badan Turun Dari 150 Ke 90Kg Sejak Dipenjara

Menurunkan berat badan bukanlah satu proses yang mudah. Individu perlu mengawal makan dan melakukan senaman bagi mendapatkan berat yang ideal.

Penurunan berat badan sememangnya memberi impak yang besar kepada kebanyakan individu. Selain berubah saiz, ia boleh menjadikan seseorang itu nampak berbeza dan lebih baik berbanding diri mereka yang dahulu.

Kurus Sejak Menjalani Hukuman Penjara

Terbaharu, pengasas Rumah Bonda Siti Bainun Ahd Razali mencuri perhatian ramai apabila kelihatan semakin kurus. Dia ditemui ketika hadir bagi pendengaran rayuan di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada hari ini.

Siti Bainun yang mula menjalani hukuman penjara sejak 3 Mei lalu pada waktu itu mempunyai berat badan mencecah 150 Kilogram (kg) namun kini dia dikatakan berjaya menurunkan berat sebanyak 60 kg.

Ini menunjukkan dalam tempoh enam bulan, beratnya menyusut menjadi 90 kg. Dia ditemui dengan berpakaian jubah berwarna merah jambu ketika diiringi oleh anggota penjara.

Ketika disapa media sama ada sihat atau tidak, Siti Bainun hanya mengangguk sambil tersenyum.

Pendengaran Rayuan Hukuman & Sabitan Ditetapkan 7 Disember

Dalam pada itu, Hakim Datuk Noorin Badaruddin menangguhkan prosiding pendengaran rayuan hukuman serta sabitan. Beliau turut menetapkan 7 Disember 2023 bagi pengurusan kes.

Ini kerana peguam yang mewakili Siti Bainun, Haijan Omar memaklumkan terdapat nota keterangan yang tidak lengkap daripada saksi pembelaan kelapan yang merupakan Pensyarah Kanan bidang psikologi perkembangan kanak-kanak dan remaja berkeperluan khas, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), Dr Abdul Rahman Ahmad Badayai.

“Justeru pihak kami memohon satu tarikh lain bagi pengurusan kes seterusnya,” kata Haijan.

Pendakwaan selaku responden diwakili Timbalan Pendakwa Raya Nor Azizah Mohamad.

Untuk info, Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara 12 tahun terhadap Siti Bainun pada 3 Mei lalu selepas dia didapati bersalah atas dua pertuduhan iaitu mengabai dan menganiaya Bella, kanak-kanak Sindrom Down di unit kondominium di Wangsa Maju antara Februari dan Jun 2021.

Mahkamah turut memerintahkan pengasas Rumah Bonda itu menandatangani bon berkelakuan baik selama lima tahun dengan seorang penjamin dan cagaran berjumlah RM5,000.

Malah, dia turut diarah melaksanakan khidmat masyarakat selama 200 jam yang perlu diselesaikan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

Namun, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 23 Mei lalu, kemudiannya menolak permohonan untuk menangguhkan hukuman penjara kerana tiada keadaan khas yang mewajarkan Siti Bainun dilepaskan sementara menunggu rayuan sabitan serta hukuman didengar.

Ini menjadikan wanita yang berusia 31 tahun itu kekal menjalani hukuman penjara sementara menunggu rayuan terhadap sabitan dan hukuman diputuskan oleh Mahkamah Tinggi.

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Dicemuh, Hilang Pekerjaan” – Siti Bainun Akui Kes Bella Musnahkan Karier & Hidupnya

Baca Artikel Berkaitan: Siti Bainun Kekal Dipenjara, Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Hukuman

Baca Artikel Berkaitan: Kes Bella, Siti Bainun Dihukum Penjara 12 Tahun

Recent Posts

  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

44 mins ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

50 mins ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

58 mins ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 hours ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 hours ago
  • Trending

“Siap Boleh Setting Brightness” – Wireman Kreatif Guna ‘Fan Regulator’ Jadi Suis Lampu [Video]

Cahaya lampu pendarflour itu boleh diubah mengikut mood di dalam rumah seperti ingin bersantai, bersembang…

2 hours ago