‘The Hulk’ Terus Pertahan Palestin & Kutuk Netanyahu

Penindasan tentera Israel terhadap penduduk Palestin melalui serangan udara, laut serta darat sejak awal bulan Oktober lalu telah mengorbankan ribuan nyawa yang tidak bersalah.

Menurut pejuang Hamas, angka kematian penduduk di Gaza telah mencatatkan sejumlah 11,240 orang setakat semalam (13 November).

Ekoran kekejaman tidak berkesudahan oleh pihak Israel, ramai individu ternama serata dunia telah tampil menyuarakan pandangan mereka dan menentang sikap Zionis yang tidak berperikemanusiaan.


Mark Ruffalo Kutuk Netanyahu Kerana Label Rakyat Palestin Sebagai ‘Kerosakan Sampingan’

Baru-baru ini, tular satu ciapan di laman X (Twitter @MarkRuffalo) seorang bintang Hollywood terkenal Mark Ruffalo apabila dia telah tampil mempertahankan rakyat Palestin yang dibunuh dengan kejam oleh rejim Zionis.

Menerusi hantarannya, dia telah mengutuk kenyataan Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu yang melabel warga Palestin sebagai “kerosakan sampingan” apabila pihak musuh melancarkan serangan tidak henti-henti terhadap rakyat Palestin di Gaza.

Ruffalo yang memainkan watak terkenal Hulk dalam filem The Avengers, telah membela rakyat Palestin terkesan dalam peperangan dengan berkata bahawa mereka adalah manusia yang ‘kebetulan’ dilahirkan di negara itu dan kebanyakannya terperangkap di Gaza.

“Ada sedikit belas kasihan, mereka adalah rakyat Palestin. Bukannya bangunan, jalan raya atau benda.

“Mereka adalah manusia dan begitu juga tebusan yang nyawanya mungkin anda (Israel) akan hancurkan,” ujar Ruffalo dalam perkongsian sama.

Sumber: X (@MarkRuffalo)

Reaksi Netizen Lihat Mark Ruffalo Bersuara Tentang Palestin

Menjengah ke ruangan balas hantaran itu, rata-rata orang ramai memberikan reaksi yang positif terhadap pandangan diberikan oleh Mark Ruffalo.

Ada netizen dilihat telah berterima kasih kepada aktor itu kerana menggunakan platformnya yang terdiri daripada 8,200,000 juta pengikut untuk sebarkan tentang kebenaran.

“Terima kasih kerana bersuara untuk mengetengahkan perkara ini. Enough is enough,” ujar seorang netizen.

Sementara itu, ada juga warganet yang berkata Mark Ruffalo telah menunjukkan sikap sebenar seorang wira kerana berani bersuara tentang isu peperangan berkenaan.

“Hanya seorang sahaja yang menunjukkan sikap seorang Avengers sejati,” ujar seorang lelaki.

Sumber: X (@MarkRuffalo)

Netanyahu Akui Sasar Orang Awam Kerana Hamas

Menerusi satu media antarabangsa sebelum ini, Netanyahu telah mendakwa bahawa pembunuhan beramai-ramai penduduk Palestin oleh tentera Israel hanyalah bersifat “kerosakan sampingan.”

Dalam pada itu, dia mendakwa tentera Israel tidak sengaja menyasarkan orang awam walaupun angka kematian rakyat Palestin semakin meningkat.

Namun begitu, satu temu bual bersama wawancara NBC News sebelum ini mendedahkan bahawa Netanyahu mengakui Israel menyasarkan orang awam kerana Hamas.

“Kami sengaja melakukan segala-galanya untuk menyasarkan pengganas dan orang awam. Seperti yang berlaku dalam setiap peperangan, kadangkala ia dipanggil sebagai kerosakan cagaran,” dakwa Netanyahu.

Baca Artikel Berkaitan: Mark Ruffalo Kecam Tindakan Tentera Zionis Cederakan Rakyat Palestin Di Al-Aqsa | BuzzKini

Baca Artikel Berkaitan: “Ini Tidak Akan Berlaku” – Netanyahu Tolak Seruan Gencatan Senjata Di Gaza

Baca Artikel Berkaitan: Menteri Israel Usul Jatuhkan Bom Nuklear Untuk Ratakan Gaza

Baca Artikel Berkaitan: Tindakan Tentera Israel Serang Kem Pelarian Di Gaza Adalah Jenayah Perang – PBB

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

1 day ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

1 day ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

1 day ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

1 day ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

1 day ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

1 day ago