fbpx
Now Reading
Siti Bainun Kekal Dipenjara, Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Hukuman

Siti Bainun Kekal Dipenjara, Mahkamah Tolak Permohonan Tangguh Hukuman

Menurut hakim Mahkamah Tinggi, beliau menolak permohonan Siti Bainun kerana mendapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk membenarkan penangguhan hukuman penjara.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang dijatuhi hukuman penjara selepas didapati bersalah kerana mendera seorang remaja Sindrom Down, Bella kekal dipenjara selepas permohonannya untuk menangguh hukuman itu sekali lagi gagal sementara menunggu proses rayuan.

BACA ARTIKEL BERKAITAN : Prosiding Siti Bainun Tetap Diteruskan Meskipun Tidak Diwakili Peguam

Tiada keadaan khas atau luar biasa untuk benarkan penangguhan hukuman penjara

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ahmad Bache menolak permohonan itu semalam (23 Mei) selepas beliau mendapati tiada keadaan khas atau luar biasa untuk membenarkan penangguhan hukuman berkenaan.

Siti Bainun yang dibawa dari Penjara Kajang diwakili peguam, Ahmad Faiz Munawar, manakala pendakwaan diwakili Timbalan Pendakwa Raya, Nor Azizah Mohammad, Zilfinaz Abbas, Zahida Zakaria dan Shakira Aliana Alias.

Ketika di mahkamah, turut kelihatan di galeri awam mengikuti prosiding ialah ahli keluarga Siti Bainun, termasuk ibunya.

Siti Bainun didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun

Terdahulu, pada 3 Mei lalu Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur menjatuhkan hukuman penjara selama 12 tahun terhadap Siti Bainun selepas dia didapati bersalah atas pertuduhan mengabai dan menganiaya Bella.

Hakim, Izralizam Sanusi memutuskan hukuman tersebut sebaik sahaja mendapati pasukan pembelaan Siti Bainun tidak berjaya menimbulkan keraguan yang munasabah di akhir kes bagi pembelaan terhadap dua pertuduhan berkenaan.

Mahkamah juga menetapkan Siti Bainun menandatangani bon berkelakukan baik selama lima tahun dengan cagaran RM5,000 dan menjalani khidmat masyarakat selama 200 jam, yang disempurnakan dalam tempoh enam bulan selepas tamat hukuman penjara.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.