fbpx
Now Reading
“Saya Dicemuh, Hilang Pekerjaan” – Siti Bainun Akui Kes Bella Musnahkan Karier & Hidupnya

“Saya Dicemuh, Hilang Pekerjaan” – Siti Bainun Akui Kes Bella Musnahkan Karier & Hidupnya

Menurut Siti Bainun, ugutan-ugutan yang diterima turut membuatkan dia takut untuk keluar dari rumah sehingga terpaksa menjalani rawatan di hospital.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (27 Jan) pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali yang berdepan pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom down yang dikenali sebagai Bella telah diarahkan memberi keterangan membela diri meskipun tidak diwakili peguam.

Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur, Izralizam Sanusi memutuskan bahawa prosiding bela diri itu perlu diteruskan agar tidak mengganggu perjalanan kes dengan Siti Bainun diarahkan membaca pernyataan saksinya sendiri.

Baca artikel berkaitan: Prosiding Siti Bainun Tetap Diteruskan Meskipun Tidak Diwakili Peguam

Namun apa yang mencuri tumpuan apabila Siti Bainun ketika membacakan pernyataan saksi itu memberitahu mahkamah bahawa dia telah diugut bunuh, dicemuh selain hilang pendapatan sejak kes pertuduhan terhadapnya tular.

Menurut Siti Bainun, tindakan saksi pendakwaan pertama yang juga rakannya, Zurianty Sudin menyebarkan video Bella telah menjejas dan memusnahkan kehidupannya.

“Saya dikecam dan diugut bunuh sejak daripada kes ini tular sehingga ke hari ini, hampir setiap masa.

“Saya juga dicemuh, dihina disebabkan tindakan Zurianty menyebarkan video Bella yang disunting.

“Rumah Bonda juga ditutup dan saya sudah pulangkan rumah yang saya ubah suai bagi tujuan keselesaan penghuninya dengan wang sumbangan.

“Saya hilang pekerjaan, perniagaan makanan saya seperti dipulaukan. Pendek kata, saya hilang segala-galanya kerana tuduhan tidak berasas ke atas saya ini,” katanya sewaktu prosiding bela diri semalam.

“Terpaksa jalani rawatan di hospital, jururawat pun cuba apa-apakan saya”

Ugutan-ugutan tersebut membuatkan dia takut untuk keluar dari rumah sehingga terpaksa menjalani rawatan di hospital, lapor BH.

“Saya dapatkan rawatan di hospital pun, ada jururawat yang cuba membahayakan saya sehingga peguam terpaksa masuk campur untuk pastikan keselamatan saya,” katanya.

Tambah Siti Bainun lagi, dia mencurigai niat sebenar Zurianty merakam dan menyebarkan video itu kerana dia sebelum ini tidak pernah mengambil berat tentang Bella.

“Dia tidak pernah datang atau ambil tahu pun tentang Bella. Dia tidak pernah jaga, mandikan, suap dan tidak pernah bermain pun dengan Bella.

“Sebab itu, saya hairan bila tiba-tiba Zurianty muncul di rumah saya pada 24 Jun 2021 semasa saya memang terang-terang tidak ada di rumah.

“Jadi, apabila saya dapat makluman dia yang merakam video Bella dan saya dengar di mahkamah dia juga yang sebarkan kepada pihak lain, saya terkejut,” katanya.

Zurianty yang merupakan sahabat baik Siti Bainun pada Ogos 2022, mengakui ada merakam video Bella di sebuah kondominium di Wangsa Maju, untuk diberikan kepada seorang individu yang dikenali ‘Syed Azmi.”

Dia ketika pemeriksaan balas oleh peguam Siti Bainun turut menjelaskan tujuan dia mengambil video itu untuk meyakinkan individu itu mengenai penderaan dilakukan terhadap Bella.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.