fbpx
Now Reading
Polis Sahkan 9 Sekolah Di Lembah Klang Terima Ancaman Bom Hari Ini

Polis Sahkan 9 Sekolah Di Lembah Klang Terima Ancaman Bom Hari Ini

Di Pulau Pinang, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut turut mengesahkan dua buah sekolah di Daerah itu juga menerima ancaman bom hari ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pihak polis hari ini (21 November) mengesahkan sembilan buah sekolah antarabangsa di Lembah Klang menerima ancaman bom melalui e-mel pada pagi tadi.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussien Omar Khan dan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Allaudeen Abdul Majid menyatakan laporan berhubung ancaman bom tersebut telah dikemukakan oleh sekolah-sekolah berkenaan.

Selangor terima 7 laporan dari sekolah mengenai ancaman bom

Menurut Hussien Omar, di Selangor polis menerima tujuh laporan iaitu dua dari Petaling Jaya, dua dari Shah Alam, (1) Kajang, (1) Subang Jaya, dan (1) Kuala Langat.

“Kami masih lagi menjalankan siasatan, tetapi percaya bahawa ancaman tersebut hanyalah palsu,” katanya kepada FMT.

Kuala Lumpur terima 2 laporan ancaman bom

Sementara itu, Allaudeen Abdul pula mengesahkan dua buah sekolah antarabangsa di Wangsa Maju turut menerima ancaman yang sama.

Mesej dari salah satu sekolah kepada ibu bapa mengenai ancaman bom juga telah tersebar di media sosial.

Menurut mesej tersebut, pihak sekolah menerima e-mel dari individu yang tidak dikenali yang memberi ancaman bom dan pihak berkuasa telah dimaklumkan tentang situasi berkenaan.

2 Sekolah di Pulau Pinang turut terima ancaman bom

Dalam pada itu, di Pulau Pinang, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supritendan Saravanan Velu pula mengesahkan kepada FMT bahawa dua buah sekolah dalam daerah itu juga menerima ancaman bom hari ini.

Jelas Saravanan, pihaknya akan berkongsi lebih banyak butiran berhubung ancaman bom berkenaan nanti.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.