fbpx
Now Reading
JPJ Sita Ambulans Dipandu Tanpa Cukai Jalan Selama 13 Tahun

JPJ Sita Ambulans Dipandu Tanpa Cukai Jalan Selama 13 Tahun

Menerusi semakan yang dilakukan oleh anggota JPJ, LKM dan pelindungan insurans ambulans terbabit telah tamat tempoh pada 5 Mac 2010.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui, semua jenis pengangkutan darat di negara ini perlulah memiliki perlindungan insurans dan Lesen Kenderaan Motor (LKM) atau cukai jalan untuk membolehkan ia dipandu di atas jalan raya.

Kenderaan perkhidmatan milik kerajaan mahupun swasta juga tidak terkecuali daripada mematuhi peraturan-peraturan ini.

JPJ sita ambulans tiada cukai jalan dan perlindungan insurans selama 13 tahun

Seperti baru-baru ini, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak telah menyita sebuah ambulans milik agensi perkhidmatan penyelamat kecemasan kerana tidak mempunyai cukai jalan dan perlindungan insurans selama 13 tahun.

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasmi JPJ Negeri Perak, ambulans terbabit ditahan pada Selasa lalu (28 November) oleh Penguatkuasa dari Unit FALCON Penguatkuasaan Bermotosikal (UPB) JPJ Perak.

“Sebuah ambulans telah ditahan dan hasil semakan melalui Smart Enforcement Device (SmED) JPJ, mendapati KLM telah tamat tempoh dan tiada pelindungan insurans,” kata jabatan itu.

Ambulans ditahan semasa ingin hantar pesakit ke hospital

Difahamkan semasa pemeriksaan dilakukan, terdapat seorang pesakit di dalam ambulans berkenaan yang sedang dihantar ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, Ipoh.

“Anggota JPJ mengarahkan ambulan tersebut menghantar pesakit ke hospital terlebih dahulu dan seterusnya membawa ambulan tersebut ke JPJ Negeri Perak untuk pemeriksaan lanjut,” katanya lagi.

LKM dan perlindungan insurans tamat tempoh pada 5 Mac 2010

Menerusi semakan yang dilakukan oleh anggota JPJ, LKM dan pelindungan insurans ambulans terbabit telah tamat tempoh pada 5 Mac 2010.

Susulan itu, kenderaan terbabit telah diambil tindakan sita di bawah Seksyen 64(1) APJ 1987 dan notis JPJ(P)22 turut dikeluarkan atas kesalahan tersebut.

Untuk info, orang awam yang ingin menyalurkan sebarang aduan trafik boleh disalurkan terus melalui aplikasi e-Aduan@JPJ atau http://jpj.spab.gov.my beserta butiran pengadu dan aduan.

Baca Artikel Berkaitan: Tular Rider Makanan Jalan Kaki Kerana Motor Disita JPJ, Aisar Khaled ‘Surprise’ Belikan Motosikal Baru [Video]

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.