fbpx
Now Reading
Malaysia Negara Nombor 3 Paling Fasih Berbahasa Inggeris Di Asia

Malaysia Negara Nombor 3 Paling Fasih Berbahasa Inggeris Di Asia

Selain menduduki tempat ketiga di Asia Malaysia juga berada di tangga ke 25 bagi skala global manakala Kuala Lumpur dikategorikan sebagai bandar paling tertinggi menguasai Bahasa Inggeris.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Bahasa Inggeris merupakan bahasa kedua yang digunakan oleh masyarakat di Malaysia untuk berkomunikasi.

Malah bahasa kedua ini juga turut digunakan secara meluas di beberapa lokasi sebagai contoh tempat kerja, sekolah dan sebagainya.

Perkara ini secara tidak langsung telah mempengaruhi masyarakat di negara ini untuk mempelajari dan memahami bahasa Inggeris dengan lebih mendalam.

Malaysia duduki tempat ke-3 di Asia fasih Bahasa Inggeris

Apa yang lebih membanggakan menurut EF Englich Proficiency Index (EF EPI 2023), Malaysia tersenarai sebagai negara ketiga paling fasih dalam Bahasa Inggeris di Asia bagi tahun 2023.

Education First (EF) English Proficiency Index (EPI) merupakan tinjauan antarabangsa yang terbesar untuk kemahiran Bahasa Inggeris bagi orang dewasa.

Penilaian penguasaan Bahasa Inggeris itu dilakukan terhadap 2.2 juta inidividu dari 113 negara dan wilayah dan mereka bukan penutur asli (non-native speaker) bahasa tersebut.

Di peringkat global Malaysia menduduki tempat ke 25

Kedudukan ini meletakkan Malaysia di belakang Singapura yang berada di tempat pertama dan diikuti Filipina (nombor dua). Bagi ranking global pula Malaysia menduduki tempat ke 25.

Selain itu, Kuala Lumpur juga telah disenaraikan sebagai salah satu bandar di dunia dengan tahap High Proficiency (kefasihan tahap tinggi) dalam berbahasa Inggeris apabila memperoleh skor sebanyak 564 dalam EF EPI 2023.

Manakala Perak turut disenaraikan sebagai negeri dalam Malaysia tertinggi dalam penguasaan bahasa kedua itu apabila memiliki skor 587. Apa yang lebih mengejutkan, bandar Kuantan tersenarai sebagai bandar tertinggi di Malaysia yang menguasai bahasa kedua dengan skor sebanyak 603.

Sementara itu, individu yang berusia sekitar 26 tahun hingga 30 juga menunjukkan tahap penguasaan tertinggi di negara ini apabila memiliki skor purata 582.

Secara keseluruhan mempunyai penurunan sebanyak enam mata berbanding 2022

Namun skor keseluruhan sebanyak 568 yang diperoleh Malaysia dalam indeks EF EPI 2023 sebenarnya mencatat penurunan sebanyak enam mata berbanding tahun 2022, lapor The Star.

EF SET merupakan ujian Bahasa Inggeris adatif di dalam talian bagi kemahiran membaca serta mendengar. Ia merupakan ujian yang standard serta berobjektifkan skor yang direka untuk mengklasifikasikan kebolehan bahasa seseorang kepada salah satu daripada enam tahap yang ditubuhkan oleh Rangka Kerja Rujukan Eropah (CEFR).

Indeks tersebut turut menunjukkan penurunan yang agak membimbangkan dalam penguasaan Bahasa Inggeris di kalangan remaja sejak lima tahun lalu serta jurang kepada jantina.

EF telah ditubuhkan di Sweden pada tahun 1965 yang menyediakan pendidikan dalam budaya menerusi bahasa, perlancongan, pertukaran budaya dan program akademik di lebih 100 negara.

Manakala EF EPI pula merupakan penilaian tahunan yang dilakukan di negara atau negeri mengikut kemahiran Bahasa Inggeris.

Penilaian EF EPI itu dilakukan berdasarkan markah ujian EF Standard English Test (EF SET) yang digunakan di seluruh sekolah, syarikat dan tempat kerja di dunia untuk menilai ujian berskala besar dan ujian individu.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.