Isu Gelar Melayu Pemalas: Makcik Kemboja & Anak Lelaki Didakwa Esok

Umum mengetahui pada penghujung November yang lalu, negara digemparkan dengan kontroversi seorang usahawan wanita Kemboja yang menggelarkan kaum Melayu sebagai pemalas.

Isu tersebut nyata menimbulkan kemarahan orang ramai malah menjadi lebih kritikal selepas campur tangan anak lelakinya yang dikenali sebagai Ezuan Hafsham Mohd Hisyam.

Kerana kenyataan yang dikeluarkan oleh usahawan wanita yang dikenali sebagai Mariyah Yaakob itu, sebanyak 14 laporan polis telah dibuat terhadap wanita berkenaan.

Baca Artikel Berkaitan: Polis Terima 14 Laporan Berkaitan Video ‘Melayu Pemalas’, Makcik Kemboja Tampil Beri Keterangan Di IPK Melaka

Makcik Kemboja & Anak Lelaki Didakwa Di Mahkamah Esok

Terbaharu, usahawan yang digelar sebagai Makcik Kemboja itu dijangka akan didakwa di Mahkamah Majistret Ayer Keroh, Melaka esok (7 Disember).

Menurut Ketua Polis Melaka Datuk Wira Zainol Samah, anak lelaki wanita itu juga akan turut dituduh.

“Kertas siasatan kes berkenaan sudah diterima daripada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya Negeri dan arahan lanjut daripada Jabatan Peguam Negara adalah untuk mendakwa kedua-dua individu terbabit pada esok.

“Wanita itu akan didakwa mengikut Seksyen 505(c) Kanun Keseksaan manakala anak lelakinya mengikut Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 [Akta 588],” katanya yang dipetik dari Berita Harian.

Tambah beliau, kes tersebut akan dikendalikan oleh Pengarah Pendakwaan Negeri, Ahmad Sazali Omar di Kompleks Mahkamah Melaka bertempat di Ayer Keroh.

Kertas Siasatan Telah Dirujuk & Polis Rakam 14 Keterangan Saksi

Terdahulu, media sebelum ini melaporkan kertas siasatan berhubung kes berkenaan telah dilengkapkan oleh pihak polis dan dirujuk kepada Pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi tindakan selanjutnya.

Polis turut menyoal siasat dan merakam keterangan 14 saksi lain yang dapat membantu siasatan selain daripada wanita tersebut.

Untuk info, Mariyah dan anak lelakinya itu telah membuat permohonan maaf secara terbuka pada 27 November yang lalu.

Menurut Mariyah, dia tiada niat mahu menghina mana-mana bangsa sebaliknya video berkenaan hanyalah bertujuan sebagai motivasi.

Dalam sidang media yang sama, anak lelakinya turut membuat permohonan maaf dan mengakui kesilapan dalam video yang ditujukan kepada bekas pekerja mereka.

Baca Artikel Berkaitan: “Saya Minta Maaf Atas Khilaf” – Wanita Kemboja Mengaku Salah Gelar Melayu Pemalas [Video]

Baca Artikel Berkaitan: ‘Yang Kau Hina Tu Mak Aku Si*l!’ – Lelaki Mengaku Anak Makcik Kemboja Berang Netizen Kutuk Ibunya [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Video Saya Disunting” – Anak Makcik Kemboja Nafi Marah Netizen, Dakwa Video Dituju Pada Bekas Staf

Recent Posts

  • Trending

Dituduh Tak Cakna Isu Di Rafah, Ning Baizura Akhirnya Tampil Beri Penjelasan [Video]

Menurut Ning Baizura, dia juga tahu mengenai apa yang berlaku di Palestin, tidak seperti apa…

23 hours ago
  • Trending

Islam Tidak Merestui Perbuatan Atau Penganjuran ‘Speed Dating’ – Mufti Pulau Pinang

Difahamkan, program cari jodoh itu terbuka buat mereka yang berusia 25 hingga 35 tahun dan…

2 days ago
  • News
  • Trending

KPN Sahkan Suspek Kes Serangan Balai Polis Ulu Tiram Anggota JI, 7 Individu Ditahan

Menurut KPN, suspek telah membuat persediaan untuk menyerang Balai Polis Ulu Tiram berkenaan kerana menggunakan…

2 days ago
  • Trending

“Mentaliti Rendah” – Pemandu Parkir Kereta Di Selekoh & Pejalan Kaki Dikecam

Pemandu kereta jenis Lamborgini Hurucan, MPV dan SUV itu meletakkan kenderaan di tempat tidak sepatutnya…

2 days ago
  • Hiburan
  • Trending

Fatiya Latiff Dedah Hidap Skizofrenia, Mohon Maaf Pada Ibu Dalam Ucapan Hari Jadi

Skizofrenia merupakan penyakit mental kronik yang menyebabkan berlaku gangguan pemikiran secara serius.

2 days ago
  • Trending

“Tak Perlu 8 Bulan”- Dr Akmal Saleh Bantu Selesai Masalah Ketiadaan Meja & Kerusi Dalam Tempoh 24 Jam [Video]

Terdahulu, Ketua Pergerakan Pemuda UMNO Malaysia itu melakukan lawatan mengejut ke sekolah rendah agama berkenaan…

2 days ago