fbpx
Now Reading
“Video Saya Disunting” – Anak Makcik Kemboja Nafi Marah Netizen, Dakwa Video Dituju Pada Bekas Staf

“Video Saya Disunting” – Anak Makcik Kemboja Nafi Marah Netizen, Dakwa Video Dituju Pada Bekas Staf

Terdahulu, tular video lelaki yang mendakwa dirinya anak kepada Makcik Kemboja mencabar warganet untuk bersemuka susulan insiden wanita Kemboja itu menggelarkan bangsa Melayu sebagai pemalas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Isu mengenai usahawan wanita Kemboja yang menggelar Melayu ‘pemalas’ masih hangat lagi diperkatakan hingga kini.

Semalam (22 November), tular pula video seorang lelaki yang mendakwa dirinya sebagai anak kepada wanita berkenaan.

Menerusi video tersebut, lelaki itu didakwa berang dengan netizen yang menghina ibunya. Malah, dia mendakwa tidak gentar dan mencabar warganet untuk bersemuka dengan dirinya.

Baca Artikel Berkaitan: ‘Yang Kau Hina Tu Mak Aku Si*l!’ – Lelaki Mengaku Anak Makcik Kemboja Berang Netizen Kutuk Ibunya [Video]

Dakwa Video Sebenar Telah Disunting

Terbaharu, menerusi akaun @eznhafsham di platform Twitter (X), lelaki yang dikenali sebagai Ezuan menjelaskan bahawa video berkenaan sebenarnya telah disunting oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

“Assalamualaikum semua, saya Ezuan, anak makcik kemboja yang sedang viral sekarang. Saya ingin menjelaskan tentang isu konten saya yang telah diubah, diedit oleh individu tersebut, sehingga menimbulkan provokasi terhadap masyarakat,” ciapnya.

Video Sebenar Dituju Kepada Bekas Staf Ibu

Menerusi ciapan tersebut, Ezuan menjelaskan bahawa video sebenar ditujukan kepada bekas pekerja ibunya yang sebelum itu telah memaki dan mengugut dia serta keluarga.

Malah, menerusi ciapan berkenaan, anak wanita kemboja itu turut berkongsikan video sebenar sebelum disunting.

“Semalam (21 November), sekitar jam 2:30 petang, saya telah mengesan satu konten yang dimuat naik oleh seorang individu, yang merupakan bekas pekerja di Mariyah Holdings.

“Beliau telah memuat naik sebuah konten yang berunsur ugutan terhadap saya, kerana individu tersebut berkata dia akan mendedahkan identiti saya, sebagai pencipta konten untuk ibu saya, Madam Mariyah. Individu tersebut juga telah memaki hamun saya, dan juga ibu saya dalam konten tersebut.

“Dalam video original yang dimuat naik oleh saya, saya ada sebut mencabar dia secara spesifik dengan menyebut nama penuh dia sekali,” ciapnya lagi.

Terima Banyak Ugutan Selepas Video Yang Disunting Tersebar

Menurut Ezuan, susulan video kemarahannya yang tular itu, dia banyak menerima ugutan daripada warganet sehingga mengancam keselamatannya.

Ezuan turut menegaskan bahawa dia tiada niat untuk mencabar netizen melalui video yang tular itu. Dia mendakwa hanya mahu menyelesaikan secara profesional dengan bekas pekerja ibunya.

Melalui ciapan tersebut juga, Ezuan mendakwa akaun TikTok miliknya telah disekat (banned) oleh TikTok.

“Saya ingin menyatakan bahawa segala spekulasi terhadap saya adalah fitnah. Dengan nama Allah, saya tidak pernah terniat untuk mencabar netizen mahupun masyarakat untuk datang berjumpa saya.

“Saya cuma nak selesaikan secara profesional bersama dia (bekas pekerja ibu). Saya minta anda (netizen) menilai sendiri,” katanya.

Terdahulu, tular video lelaki berkenaan yang didakwa mencabar warganet untuk bersemuka susulan insiden wanita Kemboja itu menggelarkan bangsa Melayu sebagai pemalas.

Malah, menerusi video tersebut, lelaki berkenaan dilihat menggunakan kata-kata kurang sopan antaranya seperti menyamakan individu dengan anjing.

Baca Artikel Berkaitan: Usahawan Wanita Asal Kemboja Gelar Melayu Pemalas Buat Netizen Berang, Ada Yang Mahu Boikot [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Dia Perlu Belajar Menghormati” – Exco Johor Ulas Isu Wanita Kemboja Gelar Melayu Pemalas

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.