
Dimaki & Kepala Dilempar Selipar, Guru Wanita Di Vietnam Pengsan Selepas Dibuli Pelajar
Menurut Ketua Pentadbiran Daerah Son Duong, pihak berkuasa sedang menyiasat dan akan mengeluarkan laporan mengenai kejadian itu nanti.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Menjadi seorang guru bukanlah suatu tugas yang mudah apabila harus berhadapan dengan pelbagai tingkah laku pelajar-pelajar semasa di sekolah.
Lebih parah lagi, apabila ada guru-guru yang harus menghadapi para pelajar yang bermasalah dan biadap di sekolah, keadaan ini pasti akan mencabar kesabaran diri.
Guru wanita di Vietnam pengsan dibuli sekumpulan pelajar
Seperti baru-baru ini, seorang guru wanita di wilayah Tuyen Quang, Vietnam dilaporkan pengsan di dalam kelas selepas dia dibuli oleh sekumpulan pelajarnya.
Memetik Tuoi Tre News, seorang pegawai tempatan memaklumkan guru tersebut dikunci dan dikepung selain menerima pelbagai kata-kata kesat oleh pelajar-pelajar tersebut.
Pelajar baling selipar ke arah kepala guru wanita
Tidak hanya itu, ada di antara para pelajar terbabit yang tergamak melemparkan selipar ke arah kepala guru berkenaan.
Impak daripada lontaran selipar yang tepat di kepalanya menyebabkan guru berkenaan serta-merta jatuh pengsan.
Ketua Pentadbiran Daerah Son Duong, Giang Tuan Anh berkata, kejadian tersebut berlaku di Sekolah Menengah Van Phu.
Menurutnya, pihak berkuasa sedang menyiasat dan akan mengeluarkan laporan mengenai kejadian itu nanti.
Difahamkan, guru tersebut sebelum ini telah menerima amaran daripada pihak pengurusan sekolah atas tuduhan menggunakan bahasa yang tidak sesuai di dalam kelas.
Terdahulu, tular di media sosial video yang memperlihatkan guru wanita itu dibuli secara fizikal oleh sekumpulan pelajar yang mengikuti kelas muziknya.
Pelajar sengaja kunci pintu kelas ketika guru ingin keluar
Berdasarkan video tersebut, pelajar-pelajar terbabit dengan sengaja mengunci pintu kelas semasa guru berkenaan ingin meninggalkan bilik darjah itu.
Setelah itu, sekumpulan pelajar terbabit mendorong guru berkenaan ke sebuah sudut bilik darjah sambil bersorak dan mengeluarkan kata-kata hinaan.
Guru wanita itu tidak berani menentang tingkah laku biadap para pelajarnya tetapi menggunakan telefon pintar untuk merakam situasi yang berlaku.
Selain video rakaman telefon, turut tular video CCTV di dalam bilik darjah tersebut.
Sáng 5/12, thông tin đến báo Tiền Phong, ông Giang Tuấn Anh – Chủ tịch UBND huyện Sơn Dương xác nhận, vụ việc xảy ra tại trường THCS Văn Phú, huyện Sơn Dương. pic.twitter.com/9W9O4LfXAj
— Thien Alex (@Thinng90971397) December 5, 2023

