Kenapa Kementerian Komunikasi dan Digital Dipecahkan, Ini Penjelasan Fahmi Fadzil [Video]

Semalam (12 Disember), Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan rombakan Kabinet selepas setahun pemerintahan Kerajaan Madani.

Dalam rombakan Kabinet itu, terdapat nama ahli politik yang digugurkan dan ada yang kembali memegang jawatan sebagai menteri.

Tidak hanya itu, Anwar juga mengumumkan Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) kini diasingkan menjadi dua kementerian berbeza.

Baca Artikel Berkaitan: Rombakan Kabinet: Ini Senarai Jemaah Menteri Yang Diumumkan PMX Anwar Ibrahim

Susulan itu, Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil menerusi satu sidang media hari ini (13 Disember) memberi penjelasan tentang perkara itu.

KKD dipecahkan kerana penting untuk tingkatkan pembangunan ekonomi negara

Menurutnya, pengasingan KKD kepada dua kementerian adalah penting untuk kerajaan meningkatkan pembangunan ekonomi negara terutamanya dalam sektor digital.

Jelasnya, perkara itu penting kerana pembentukan dua kementerian berbeza mampu menyelaraskan semua aspek membabitkan sektor-sektor berkenaan, khususnya Kementerian Digital.

“Penting saya tegaskan kenapa KKD dipecahkan. Sebab dalam pengalaman saya dan saya dah sampaikan juga kepada Perdana Menteri, aspek digital ini adalah aspek yang sebelum ini mencakupi dan merangkumi sejumlah kementerian yang lain.

“Sebagai contoh, dari segi pelaporan, agensinya adalah MyDigital Corp di bawah Kementerian Ekonomi bagi sektor digital, manakala bagi ‘Startup’ di bawah MOSTI (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi), ‘Scale up’ di bawa MDEC (Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia) bersama KKD,” katanya dipetik Berita Harian.

Ekonomi digital main peranan penting dalam pembangunan negara

Menurutnya lagi, pelbagai aspek digital di beberapa agensi ini juga memerlukan penyelarasan kerana ekonomi digital akan memainkan peranan penting dalam pembangunan negara, berdasarkan Pelan Induk Perindustrian Baharu (NIMP) 2030.

“Maka keputusan untuk memisahkan dan menjadikan digital itu satu kementerian, bagi saya itu adalah satu keputusan yang tepat dan tepat pada masanya.

“Dengan ada semua agensi ini nanti, diselaraskan oleh seorang menteri yang fasih dengan undang-undang dan faham dengan pentingnya aspek kawal selia terutama dalam teknologi, bukan hanya AI (kecerdasan buatan), tetapi juga dalam ‘artificial general inteligence’ yang sekarang semakin disebut-sebut,” katanya.

Gobind Singh Deo dilantik jadi Menteri Digital

Terdahulu, Anwar mengumumkan Ahli Parlimen Damansara, Gobind Singh Deo menggalas tanggungjawab menerajui Kementerian Digital bersama Timbalan Menterinya iaitu Datuk Ugak Anak Kumbong (GPS-Hulu Rajang).

Sekadar info, Gobind Singh juga sebelum ini pernah memegang jawatan sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

15 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

15 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

15 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

15 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

15 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

16 hours ago