fbpx
Now Reading
Berkat Baca Doa Nabi Sulaiman, Lelaki Terselamat Daripada Dibaham Harimau

Berkat Baca Doa Nabi Sulaiman, Lelaki Terselamat Daripada Dibaham Harimau

Menurut lelaki yang dikenali sebagai Muhammad Luqman itu, dia sepatutnya pergi ke kawasan itu bersama seorang lagi rakannya untuk memancing ikan haruan, namun ketika kejadian rakannya belum tiba lagi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Siapa sangka, berkat seorang lelaki membaca doa Nabi Sulaiman menjadi penyebab dia terselamat daripada menjadi serangan binatang buas.

Begitulah yang terjadi kepada seorang pemuda berusia 22 tahun di Perak apabila menganggap pesanan guru silatnya untuk mengamalkan doa Nabi Sulaiman menjadi penyebab dia terselamat ketika terserempak dengan seekor harimau belang.

Kejadian berlaku semasa berada di ladang kelapa sawit untuk memancing ikan haruan

Difahamkan, kejadian berlaku semasa Muhammad Luqman Haqim Muhamad Ghazali Lim itu ingin memancing di kawasan ladang kelapa sawit berhampiran Taman Dovenby Fasa 2, Sungai Siput semalam (13 Disember).

Menurutnya, dia pergi berseorangan ke kawasan kolam memancing yang terletak di dalam ladang berkenaan, tidak jauh dari rumahnya sekitar pukul 1.40 tengah hari sebelum dikejutkan dengan kemunculan hariman terbabit.

Ujarnya, dia sepatutnya pergi ke kawasan itu bersama seorang lagi rakannya untuk memancing ikan haruan, namun ketika kejadian rakannya belum tiba lagi.

Foto: Facebook

Terhidu bau seakan bau kambing jantan semasa keseorangan di dalam hutan

Ketika berseorangan di hutan, Muhammad Luqman berkata dia terhidu seakan bau kambing jantan, tetapi dia tidak mengambil endah terhadap bau tersebut sebelum dikejutkan dengan kehadiran ‘pak belang’ itu.

“Saya hampir tidak pernah masuk hutan berseorangan kerana selalunya akan berteman, jadinya tadi (semalam) tergerak hati saya untuk membaca doa Nabi Sulaiman. Kemudiannya, saya pun pergi berseorangan menuju kolam pancing.

“Ketika hampir tiba di kolam itu, saya melihat sekeliling sebelum dikejutkan dengan penampakan harimau terbabit yang terus mengaum, ketika itu dan betul-betul sedang memerhatikan saya, umpama kami saling bertentangan mata…. ketika itu jantung bagaikan mahu ‘luruh’.

“Sejurus itu, saya kembali membaca doa Nabi Sulaiman sambil mengundur langkah beberapa langkah dalam jarak 10 meter sebelum terus lari sehabis mungkin menuju sebuah kuil berhampiran untuk meminta pertolongan,” katanya dipetik Harian Metro.

Menurutnya lagi, Muhammad Luqman tidak pasti sama ada harimau dewasa itu turut mengejarnya atau tidak, namun dia berasa sangat bersyukur kerana terselamat daripada diserang haiwan tersebut.

Foto: Facebook

Pihak pengurusan kuil seakan tak percaya, sebelum ngauman sekali lagi terdengar

Berkongsi lanjut, dia berkata pada awalnya pihak pengurusan kuil tidak begitu percaya dengan apa yang diceritakan olehnya, tetapi selepas itu ngauman harimau sekali lagi kedengaran dan disusuli dengan bunyi monyet.

“Orang di kuil yang terletak di atas kawasan berbukit itu juga nampak situasi monyet lari di samping melompat-lompat seperti ada ‘sesuatu’ melalui kawasan itu.

“Kemudiannya, saya ke rumah kawan saya berhampiran situ untuk meminta bantuan untuk menghubungi pihak berkuasa seperti bomba dan Perhilitan (Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara),” katanya.

Sementara itu, Pengarah Perhilitan negeri Perak, Yusoff Shariff berkata pihaknya akan melakukan siasatan dan kawalan di lokasi berkenaan.

Foto: Facebook
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.