Tiada Keperluan Pinda Perlembagaan, Peluang Orang Melayu Jadi PM Tidak Terjejas, Kata Anwar

Baru-baru ini, kecoh dilaporkan di media mengenai kenyataan veteran Parti Tindakan Demokratik (DAP) Tan Sri Lim Kit Siang yang didakwa menyentuh kemungkinan orang bukan Melayu boleh menjadi perdana menteri di hadapan pelajar Malaysia di Manchester, United Kingdom (UK) pada 29 November yang lalu.

Kenyataan ini nyata menimbulkan rasa tidak selesa banyak pihak termasuk ahli parlimen pembangkang hingga wujudnya cadangan dari Ketua Pemuda Bersatu Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad agar pindaan perlembagaan dibuat.

Menurut Wan Fayhsal, dia mencadangkan agar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meminda perlembagaan supaya hanya orang Melayu-Islam sahaja boleh menjadi pemimpin nombor satu Malaysia.

Walau bagaimanapun, cadangan Ketua Pemuda Bersatu itu disifatkan bebal oleh seorang pemimpin UMNO Datuk Mohd Puad Zarkashi.

Perlembagaan Sedia Ada Sememangnya Lindungi Hak Orang Melayu dan Islam

Mengulas lanjut mengenai perkara itu, Anwar menjelaskan bahawa tiada keperluan untuk meminda perlembagaan persekutuan hanya untuk orang Melayu sahaja menjadi Perdana Menteri.

Tegas Anwar, perlembagaan sedia ada sudahpun melindungi hak orang Melayu dan Bumiputera. Malah, peluang orang Melayu dalam menjawat jawatan Perdana Menteri tidak pernah terjejas dan terancam.

“Setakat ini tidak ada keperluan (pinda perlembagaan). Tidak ada permohonan serius dan tidak ada perbincangan sejak merdeka sampai sekarang.

“Calon Perdana Menteri yang Melayu, lepas ini pun calon daripada kerajaan adalah Melayu.  Calon pembangkang pun Melayu jadi maju terus. Hak rakyat buat semua warganegara kita pelihara. Jaga kepentingan semua rakyat, semua kaum, semua wilayah,” kata beliau.

Mohon Semua Pihak Jangan Rumitkan Keadaan

Tambah beliau lagi, mana-mana pihak tidak perlu mempersoalkan sama ada perdana menteri perlu datang dari kalangan orang Melayu atau bukan Melayu.

“Sekarang ini ada perlembagaan, ada peraturan, ini bukan isu dan sekarang ini tidak pernah menjadi isu. Jadi, jangan kita rumitkan keadaan seperti juga yang diuar-uarkan pembangkang soal persempadanan semula.

“Perkara tidak berbangkit pun dia nak laga lagakan, nak bagi orang Melayu marah, orang Cina marah, ini tidak berbangkit, dia tak faham perlembagaan sedangkan ia membolehkan kita mengkaji semula hanya pada akhir 2026.

“Dia nak sibuk ini pasal apa. Carilah modal bantu bagaimana nak angkat ekonomi, nak kurangkan beban rakyat, jangan duduk gaduh sahaja. Tak letih ke?” soal beliau lagi.

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

11 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

11 hours ago
  • Trending

“Vokal Dia Power!” – Suara Serak Basah Jadi Tumpuan, Ramai Puji Nyanyian Buskers Cover Lagu Nidji [Video]

Pemuzik jalanan dikenali sebagai Genji Buskers bersama Kazim Band dilihat sedang mempersembahkan nyanyian lagu sekitar…

12 hours ago
  • News
  • Trending

Pengantin Pakai Seksi & Tak Tutup Aurat Semasa Akad Nikah Budaya Jahiliah, Kata Mufti Pulau Pinang

Sebelum ini, seorang pelakon wanita dikritik kerana berpakaian seksi dan terdedah semasa melangsungkan majlis akad…

12 hours ago
  • Trending

Anak Sulung Rasa Bagai Disisih Ibu Bapa, Lukisan Si Kecil Buat Ibu Luluh Hati [Video]

Seorang ibu dikenali sebagai Intan berkata dia berasa sedih melihat lukisan anak sulung yang menggambarkan…

12 hours ago
  • Trending

Dejavu! Tular Lagi Video Axia Terbawa Nozel Pam Selepas Isi Minyak

Kejadian tersebut dipercayai berlaku di salah sebuah stesen minyak di Bukit Sentosa, Rawang, Selangor pada…

12 hours ago