fbpx
Now Reading
Lelaki Tikam Rakan Wanita Sampai Mati Selepas Makan Tengah Hari Bersama

Lelaki Tikam Rakan Wanita Sampai Mati Selepas Makan Tengah Hari Bersama

Selepas menyedari mangsa tidak lagi bernyawa, suspek mencederakan dirinya sendiri dengan menikam badan menggunakan pisau yang sama sebelum berjaya ditahan polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita sempat makan tengah hari bersama seorang rakan lelakinya sebelum mangsa maut ditikam lelaki berkenaan beberapa kali dengan menggunakan pisau di kawasan parkir restoran terbabit di Jalan Bayu Tinggi, Klang kelmarin (18 Disember).

Mangsa kemudiannya dibawa masuk ke dalam kereta dalam keadaan berlumuran darah oleh lelaki berusia 44 tahun itu sebelum suspek memandu pulang ke rumahnya di Jalan Sungai Nibong 5, Kapar.

Suspek tikam diri sendiri selepas sedar mangsa tak lagi bernyawa

Selepas menyedari mangsa tidak lagi bernyawa, suspek mencederakan dirinya sendiri dengan menikam badan menggunakan pisau yang sama sebelum berjaya ditahan polis.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan, Asisten Komisioner Cha Hoong Fong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu oleh seorang individu pada jam sekitar 2.17 petang.

Mangsa sempat makan bersama suspek

Menurutnya, kejadian berlaku kira-kira jam 1.20 tengah hari ketika wanita berusia 26 tahun itu berjumpa dengan suspek di restoran berkenaan sebelum ditikam berdekatan kereta jenis Chevrolet milik lelaki berkenaan.

“Suspek ditahan jam 4.20 petang oleh sepasukan polis dari Cawangan D9 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan, sebelum pemeriksaan lanjut menemukan wanita berkenaan tidak sedarkan diri di tempat duduk penumpang hadapan.

“Mangsa disahkan meninggal dunia oleh pasukan perubatan,” kata Cha sambil memaklumkan polis turut menemui sebilah pisau dipercayai digunakan suspek.

Mangsa mati kerana kesan tikaman tembus ke jantung

Menurutnya lagi, hasil bedah siasat mendapati terdapat banyak kesan tikaman pada bahagian depan dan belakang badan mangsa, selain punca kematian juga kerana kesan tikaman yang tembus ke jantung.

Berkongsi lanjut, Cha berkata kes tersebut masih lagi dalam siasatan untuk mengetahui punca sebenar kejadian.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kes ini diminta untuk menyalurkannya terus kepada Ibu Pejabat Polis (IPD) Klang Selatan di talian 03-33762222 atau mana-mana balai polis berhampiran,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.