“Taman Permainan Jadi Kebun Sayur” – Ramai Puas Hati Lihat MBAS Cantas Tanaman Haram Di Kawasan Rekreasi

‘Berbudi pada tanah, pasti akan mendapat hasilnya,’ begitulah peribahasa yang sering didengari untuk menggalakkan orang ramai agar bercucuk tanam.

Namun, ia bukanlah sesuatu perkara yang baik dan sesuai untuk dilakukan sekiranya ada pihak yang bercucuk tanam di kawasan yang tidak sepatutnya/terlarang.

MBAS buang tanaman dan runtuhkan binaan sementara di taman perumahan

Seperti baru-baru ini, Majlis Bandaraya Alor Setar (MBAS) telah menjalankan operasi membuang tanaman perkebunan dan meruntuhkan binaan sementara di kawasan lapang di Taman Bersatu Fasa 4, Jalan Batas Paip, Kuala Kedah pada Selasa lalu (19 Disember).

Menerusi satu hantaran di akaun Facebook rasminya, MBAS berkata, siasatan yang dijalankan mendapati kawasan lapang tersebut telah diceroboh oleh individu tidak bertanggungjawab untuk dijadikan kawasan kebun secara haram bagi kegunaan sendiri serta dijual.

Kawasan lapang disimpan bagi tujuan rekreasi, bukan bercucuk tanam

Menurutnya, tapak tersebut merupakan kawasan lapang yang disimpan di bawah Seksyen 62 Kanun Tanah Negara bagi tujuan rekreasi.

“Perizaban tanah Kerajaan adalah amat penting bagi menjaga kepentingan awam dan merupakan salah satu kaedah untuk mengawal tanah Kerajaan daripada pencerobohan.

“Perizaban tanah Kerajaan juga merupakan kaedah untuk melindungi kepentingan awam daripada diberi milik kepada orang perseorangan atau mana-mana perbadanan atau badan yang dinyatakan di bawah seksyen 43 Akta 828,” katanya.

Operasi dijalankan oleh MBAS dan pihak terlibat

Menurut MBAS lagi, operasi tersebut dijalankan oleh Unit Pembangunan Landskap, Bahagian Landskap dan Rekrasi, Jabatan Perancangan Pembangunan, MBAS dan turut melibatkan beberapa jabatan lain dalam majlis bandaraya tersebut.

Perbuatan tersebut merupakan satu kesalahan di bawah Seksyen 18 Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976 (Akta 172), Seksyen 46 Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974 (Akta 133) dan Perenggan 3 (d) Undang-Undang Kecil (Taman) Pihak-Pihak Berkuasa Tempatan Negeri Kedah 1983.

Difahamkan, pihak MBAS juga telah mengeluarkan notis pemberitahuan sebelum melakukan operasi terbabit pada 26 November lalu.

Netizen puji dan puas hati dengan tindakan diambil MBAS

Memindai di ruangan komen, rata-rata pengguna Facebook berpuas hati dan memuji dengan tindakan yang diambil oleh MBAS itu.

Tidak hanya itu, netizen turut meminta agar pihak majlis bandaraya itu terus melakukan pemantauan dan tindakan sedemikian di kawasan yang lain juga.

Recent Posts

  • Trending

“Rezeki Teragung”- 16 Tahun Menanti, Pasangan Akhirnya Dikurniakan Zuriat [Video]

Menurut Haznie setelah menanti untuk satu tempoh yang lama akhirnya pada ulang tahun perkahwinan ke-16…

5 mins ago
  • Trending

Tular 4 Individu Selamba Tunggang Motosikal Tanpa Helmet Siap Langgar Lampu Merah [Video]

Rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki terbabit kerana menunggang secara berbahaya dengan membawa kanak-kanak…

2 hours ago
  • Trending

Peminat Tegur Hasilkan Keychain Guna Muka Anak, MUA Bellaz Mohon Maaf

Jelas MUA Bellaz, keychain tersebut bukanlah dibuat mengikut muka anaknya 100%, namun ia dihasilkan dalam…

2 hours ago
  • Trending

Pemuda Sesat 6 Jam Dalam Hutan Ketika Nak Pulang Ke Rumah Abang Gara-gara Waze

Menurut Penolong Penguasa Bomba Zulkhairi, lelaki berkenaan ditemui dalam keadaan lemah, terketar-ketar dan menangis selepas…

3 hours ago
  • Info
  • Trending

Boleh Ke Isteri Ambil Duit Suami Senyap-Senyap? Ini Penjelasannya

Menurut Ustazah Asma’ lagi, berdasarkan kitab Mughni al-Muhtaj, terdapat tujuh keperluan nafkah yang wajib suami…

20 hours ago
  • Hiburan
  • Trending

“Sepadan Betul”- Ramai Beri Restu Lepas Lihat Video Bella Astillah & Daniesh Suffian

Ramai di kalangan netizen berpendapat Bella Astillah dan Daniesh Suffian adalah sepadan serta tidak menolak…

20 hours ago