fbpx
Now Reading
Polis Siasat Syarikat Ejen Pengutip Zakat Disyaki ‘Songlap’ Lebih RM9.7 Juta

Polis Siasat Syarikat Ejen Pengutip Zakat Disyaki ‘Songlap’ Lebih RM9.7 Juta

Menurut Pengarah JSJK Bukit Aman, syarikat tersebut yang dilantik MAIPk gagal mendeposit wang kutipan zakat dari Mac 2023 hingga September 2023.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesyaki lebih RM9.7 juta wang zakat telah lesap selepas dipercayai diambil oleh syarikat pengutip zakat.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, jumlah itu melibatkan empat kes yang masih disiasat pihaknya dengan jumlah sebenar zakat yang masih belum dipulangkan ialah RM9,714,182.

Menurutnya, daripada jumlah tersebut, dua kes dikesan di Selangor dan masing-masing satu kes di Terengganu dan Perak.

“Kes di Perak mencatatkan nilai kerugian tertinggi iaitu RM9,629,682,” katanya dipetik Buletin TV3.

Syarikat kutipan zakat gagal mendeposit wang kutipan zakat

Jelas Ramli Mohamed, bagi kes tersebut, syarikat yang dilantik sebagai ejen kutipan zakat oleh Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak (MAIPk) disyaki gagal mendepositkan wang kutipan zakat bermula Mac 2023 sehingga September 2023.

Menurutnya lagi, polis akan merakam keterangan pihak syarikat terbabit bagi membantu siasatan dan kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 409 Kanun Keseksaan.

“Amat mendukacitakan apabila wang zakat juga turut diseleweng oleh individu-individu yang diamanahkan untuk mengutip wang terbabit,” katanya.

Wang zakat tak sepatutnya diambil

Berkongsi lanjut, beliau berkata perkara sebegini tidak sepatutnya berlaku apatah lagi zakat merupakan satu daripada lima rukun Islam yang menjadi pegangan setiap Muslim.

“Sewajarnya, wang kutipan zakat diuruskan dengan baik dan penuh amanah supaya dapat dimanfaatkan sesuai dengan kehendak agama.

“JSJK memberikan amaran keras kepada pelaku-pelaku jenayah ini bahawa tindakan tegas selaras dengan peruntukan undang-undang akan diambil bagi memastikan jenayah sebegini tidak berulang,” ujarnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.