fbpx
Now Reading
Ngeh Koo Ham Yakin Cadangan Penglibatan Pakar Perlembagaan Bukan Islam Jadi Punca Rumah & Kereta Dibakar

Ngeh Koo Ham Yakin Cadangan Penglibatan Pakar Perlembagaan Bukan Islam Jadi Punca Rumah & Kereta Dibakar

Ahli Parlimen Beruas itu turut memaafkan pelaku berkenaan dan memohon agar pelaku terbabit segera untuk bertaubat kerana cuba membahayakan nyawa keluarga beliau.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pagi tadi, negara digemparkan dengan insiden kebakaran membabitkan kediaman dan tiga buah kenderaan milik Ahli Parlimen Beruas dari Parti Tindakan Demokratik (DAP), Datuk Ngeh Koo Ham.

Menurut Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri, kejadian berlaku kira-kira jam 2.55 pagi dan beliau turut mengesahkan penemuan botol yang mengandungi molotov cocktail di lokasi kejadian.

SIARAN MEDIA KETUA POLIS PERAK : MAKLUMAN KES KEBAKARAN KENDERAAN MELIBATKAN AHLI PARLIMEN BERUAS DI AYER TAWAR, MANJUNG, PERAK #PolisPerak #PolisDirajaMalaysia #PDRM #RoyalMalaysiaPolice #RMP #SiaranMedia

Posted by Polis Perak on Tuesday, 9 January 2024

Baca Artikel Berkaitan: Rumah & Tiga Kenderaan Ahli Parlimen Beruas Terbakar, Disyaki Dibaling ‘Molotov Cocktail’

Dakwa Perbuatan Khianat Ada Kaitan Dengan Cadangan Penglibatan Pakar Bukan Islam Dalam

Menurut Koo Ham, dia yakin perbuatan khianat itu berpunca akibat kenyataan beliau yang mencadangkan agar pakar perlembagaan bukan Islam turut dilantik dalam Jawatankuasa Khas Mengkaji Kompetensi DUN Untuk Menggubal Undang-Undang Islam.

Tambah Koo Ham, dia percaya pelaku terbabit tidak bersetuju dengan cadangannya itu. Malah, beliau mendakwa ada pemimpin pembangkang yang menjadi batu api dengan cadangannya itu sehingga beliau dibenci.

“Saya tak bersengketa dengan sesiapa. Saya percaya satu-satunya punca berlakunya tindakan yang disengajakan ini adalah susulan kenyataan media saya pada 28 Disember lalu.

“Saya syak itulah yang berlaku, kalau tidak kenapa orang nak bakar kereta dan rumah saya, hendak saya mati dalam rumah untuk bunuh saya,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Tidak Pernah Terima Sebarang Ugutan

Menceritakan kembali detik cemas itu, Koo Ham mendakwa hanya menyedari kejadian berkenaan selepas dia dan isteri dikejutkan daripada tidur dengan loceng rumah yang dibunyikan berkali-kali oleh jiran mereka sambil menjerit kepadanya bahawa ada kebakaran berlaku.

Sebaik sahaja isterinya membuka pintu rumah, beliau melihat kereta jenis Mercedes Benz telah hangus dijilat api.

Malah, dia turut melihat satu botol kaca yang telah pecah dan api masih menyala di bahagian yang dipercayai sumbu.

“Saya tidak pernah menerima sebarang ugutan sama ada dalam bentuk mesej atau panggilan telefon.

“Saya pun tak menyangka kejadian mengancam nyawa ini boleh berlaku selepas saya memohon maaf dan menarik semula cadangan itu 30 Disember lalu,” katanya.

Maafkan Pelaku Berhubung Kejadian Berkenaan

Tambah Koo Ham lagi, beliau memaafkan pelaku berkenaan dan memohon agar pelaku terbabit segera untuk bertaubat kerana cuba membahayakan nyawa keluarga beliau.

“Saya maafkan sesiapa sahaja yang membakar kereta dan rumah saya, bahkan cuba membahayakan nyawa keluarga jika individu terbabit berbuat demikian kerana diperdaya tuduhan palsu oleh orang lain sehingga sanggup melakukan jenayah ini.

“Mereka yang terpesong, bertaubatlah,” katanya.

Media Statement Suspected arson at the house of Dato’ Ngeh Koo Ham, Member of Parliament for Beruas at about 2.50am…

Posted by Ngeh Koo Ham 倪可汉 on Wednesday, 10 January 2024

Sidang Media Ahli Parlimen Beruas YB Dato’ Ngeh Koo Ham

Posted by Ngeh Koo Ham 倪可汉 on Tuesday, 9 January 2024

Terdahulu, bukan sahaja DAP, malah PAS turut mengecam serangan ke atas rumah MP Beruas itu.

Menurut Ketua Penerangan PAS, Ahmad Fadhli Shaari yang juga Ahli Parlimen Pasir Mas, tindakan berkenaan adalah perbuatan yang tidak boleh diterima apatah lagi ia boleh melibatkan risiko kehilangan nyawa.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.