Badan Kehakiman Jadi ‘Kambing Hitam’ Setiap Kali Individu Berprofil Tinggi Dilepaskan – Ketua Hakim Negara

Menggalas tugas sebagai seorang hakim di mahkamah bukanlah sesuatu tugas yang mudah, kerana setiap keputusan yang dilakukan pasti akan ada pihak yang mempersoalkannya.

Ketua Hakim Negara, Tun Tengku Maimun Tuan Mat menyatakan badan kehakiman sering menjadi ‘kambing hitam’ apabila ada individu berprofil tinggi dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan di mahkamah.

Badan kehakiman sering dipersalah, keyakinan orang awam makin terhapus

Menurutnya, keyakinan orang awam terhadap institusi kehakiman semakin terhapus apabila sering menjadi ‘karung tinju’ untuk masyarakat melepaskan perasaan marah.

“Apa yang masyarakat gagal untuk fahami ialah pihak yang bertanggungjawab untuk keputusan sedemikian (lepas bebas individu daripada pertuduhan) ialah pendakwa raya dan bukannya mahkamah.

“(Tetapi) yang sering dimarahi setiap kali keputusan sedemikian dilakukan ialah mahkamah dan ini menghakis keyakinan awam terhadap kehakiman,” katanya dipetik Utusan Malaysia.

Mahkamah hanya ada 2 pilihan apabila pendakwa raya tidak meneruskan pendakwaan

Menurutnya lagi, apabila pendakwa raya memutuskan untuk tidak meneruskan pendakwaan terhadap seseorang, mahkamah hanya mempunyai dua pilihan.

Dua pilihan yang dimaksudkan adalah seperti berikut:
  1. Membenarkan tertuduh dilepaskan dan dibebaskan daripada pertuduhan (DAA)
  2. Membenarkan tertuduh dilepaskan tanpa dibebaskan daripada pertuduhan (DNAA).

Jelas beliau, mahkamah tidak boleh berpaling (daripada dua pilihan tersebut) dan menggesa pendakwa raya untuk mengekalkan pertuduhan.

Badan kehakiman dan Pendakwa Raya miliki peruntukan undang masing-masing

Berkongsi lanjut, beliau berkata badan kehakiman dan Pendakwa Raya memiliki peruntukan undang masing-masing dalam melaksanakan tugas mereka.

Kedua-dua institusi ini perlu ‘dihukum’ seadilnya kerana menjalankan tugas masing-masing tanpa mencampur adukkan kedua-duanya.

Baca Artikel Berkaitan: Isu DNAA, Zahid Hamidi Gelar Badan Peguam ‘Busy Body’

Baca Artikel Berkaitan:

Recent Posts

  • News
  • Trending

Suami Pengasuh Ditahan, Dipercayai Umpan Budak 11 Tahun Dengan Video Lucah Sebelum Liwat

Menurut KPD Alor Gajah, siasatan lanjut mendapati pengadu menghantar anaknya kepada pengasuh dari jam 3…

10 hours ago
  • News
  • Trending

Isu Penularan Berita Palsu, Chatbot WhatsApp Bakal Diperkenal – Fahmi Fadzil

Menteri Komunikasi menjelaskan MCMC bakal bekerjasama dengan platform Meta bagi mewujudkan chatbot tersebut.

10 hours ago
  • Dunia
  • Trending

Pelanggan Meninggal Dunia Selepas Makan Shawarma, Polis Tahan 2 Peniaga

Pemuda berkenaan dilaporkan telah membeli shawarma ayam berkenaan pada 3 Mei sebelum berasa sakit perut…

11 hours ago
  • Trending

Atuk Beli Kuih Untuk Cucu Tapi Tak ‘Offer’ Dekat Anak Sendiri Buat Ramai Terhibur [Video]

Menerusi video tersebut, bapa wanita itu dilihat langsung tidak menoleh dan hanya menawarkan kuih yang…

11 hours ago
  • Trending

“Pelapis Negara” – Kelincahan Budak 6 Tahun Bermain Badminton Curi Tumpuan Ramai [Video]

Lebih menarik lagi, adik Abu Dabith juga dilihat bijak mengatur strategi dengan menghantar bulu tangkis…

12 hours ago
  • Info
  • Trending

Tak Perlu Cuit Bahu! Ini Cara Untuk Beritahu Orang Lain Untuk Dijadikan Imam [Video]

Menurut lelaki berkenaan, seseorang yang ingin menjadi makmum hanya perlu berdiri bersebelahan individu berkenaan dan…

12 hours ago