fbpx
Now Reading
Isu DNAA, Zahid Hamidi Gelar Badan Peguam ‘Busy Body’

Isu DNAA, Zahid Hamidi Gelar Badan Peguam ‘Busy Body’

Badan Peguam telah memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan DNAA Peguam Negara terhadap kes mahkamah Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyifatkan Badan Peguam sebagai “busy body” dan selektif.

Perkara itu dikatakannya kerana badan tersebut telah memohon kebenaran untuk memulakan semakan kehakiman bagi mencabar keputusan Peguam Negara yang sebelum ini memutuskan agar Ahmad Zahid dilepas tanpa dibebaskan.

Baca Artikel Berkaitan: 47 Kes Pertuduhan: Ahmad Zahid Dilepas Tanpa Dibebaskan

Menerusi afidavit sokongannya pada 4 Januari berkenaan pembatalan permohonan kebenaran semakan kehakiman tersebut, Presiden UMNO itu berkata Badan Peguam bersifat tidak bertanggungjawab, selektif dan berat sebelah.

Tambahnya lagi, badan itu tidak sepatutnya memohon kebenaran permohonan semakan kehakiman kes tersebut, kerana hanya pihak yang terjejas atau terkesan dengan teruk atas keputusan Pendakwa Raya yang boleh melakukannya.

Badan Peguam ‘Pilih Bulu’ Kes Lepas

Ahmad Zahid menyifatkan tindakan badan itu mempersoalkan keputusan Peguam Negara dan mahkamah yang membenarkan lepas tanpa bebas (DNAA) bersabit tuduhan rasuah dan pecah amanah, sebagai cubaan memaparkan imej sebagai juara keadilan (Champions of Justice).

Baca Artikel Berkaitan: Ramai Persoal Zahid Dilepas Tanpa Dibebaskan, Ini Penjelasan Penasihat Undang-undang UiTM Tentang Maksud DNAA

“Badan Peguam pilih bulu dan hanya berdiam diri, bisu atau takut dengan keputusan DNAA yang sama dibuat oleh AG, bagi kes berkaitan ahli politik lain, antaranya bekas Ahli Parlimen Batu Berendam, Datuk Mohd Tamrin Abdul Ghafar dan bekas Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng,” katanya.

Pada 4 September 2023, Ahmad Zahid telah diberi keputusan DNAA oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur atas lapan tuduhan rasuah, 12 pecah amanah dan 27 pengubahan wang haram dana Yayasan Akalbudi.

Keputusan dicapai setelah Peguam Negara menerima makluman daripada pihak pendakwaan yang ingin menghentikan semua prosiding terhadap Ahli Parlimen Bagan Datuk itu.

Peguam Negara Sebagai Pendakwa Raya Mengikut Perlembagaan Persekutuan

Dengan mempersoalkan kuasa Peguam Negara sebagai Pendakwa Raya yang selaras dengan Perlembagaan Persekutuan, Ahmad Zahid berkata Badan Peguam menunjukkan kelakuan tidak rasional dan tidak munasabah.

Di samping itu, dia memaklumkan telah menerima nasihat daripada peguam dan percaya bahawa keputusan perintah DNAA oleh Peguam Negara termaktub sepenuhnya di dalam kuasa perogatif dan kuasa selaku Pendakwa Raya di bawah Artikel 145(3) Perlembagaan Persekutuan.

Menurutnya, Badan Peguam tidak mempunyai keupayaan undang-undang (locus standi) yang memadai bagi memfailkan dan mengekalkan permohonan untuk kebenaran memulakan semakan kehakiman terhadap Peguam Negara dan dirinya.

Pendakwa Raya Boleh Mohon DNAA

Satu prodising di Mahkamah Tinggi telah berlangsung hari ini (11 Januari). Sewaktu prosiding dijalankan, Peguam Kanan Persekutuan, Ahmad Hanir Hambaly mewakili Peguam Negara, berkata Pendakwa Raya boleh memohon bagi DNAA selepas peringkat prima facie berdasarkan Seksyen 254(1) Kanun Tatacara Jenayah.

Katanya, permohonan oleh Badan Peguam tidak memenuhi keperluan udang-undang serta gagal membuktikan bahawa tindakan Peguam Negara tidak rasional dan tidak sah.

Mewakili Badan Peguam, Datuk Ambiga Sreenevasan memaklumkan kepada mahkamah bahawa pihaknya akan merujuk Mahkamah Persekutuan berkenaan permohonan kebenaran tersebut menurut perlembagaan.

Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Amarjeet Singh yang meneliti afidavit-afidavit tersebut telah menetapkan 6 Februari bagi tarikh pengurusan kes.

Baca Artikel Berkaitan: Selepas DAP, Amanah Pula Gesa Peguam Negara Perjelas Isu DNAA Kes Zahid Hamidi

Baca Artikel Berkaitan: Kes DNAA Zahid: Anwar Tegas Tak Arah Idrus Campur Tangan

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.