fbpx
Now Reading
“Alhamdulilah Saya Sihat” – Ahmad Zahid Nafi Akan Letak Jawatan & Hidap Kanser Prostat

“Alhamdulilah Saya Sihat” – Ahmad Zahid Nafi Akan Letak Jawatan & Hidap Kanser Prostat

Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas dakwaan Raja Petra Raja Kamarudin bahawa beliau akan meletakkan jawatan kerana menghadapi masalah kesihatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menafikan beliau akan meletakkan jawatannya seperti yang didakwa oleh pihak tertentu.

Khabar angin tersebut disebarkan sebelum ini berikutan status kesihatan Ahmad Zahid yang dikaitkan dengan isu tersebut.

“Saya sendiri pun tak tahu akan melakukan perkara tersebut (meletakkan jawatan),” katanya dipetik Sinar Harian.

Ahmad Zahid jalani pembedahan prostat bukan hidap kanser prostat

Menurut Presiden UMNO itu, prosedur yang dijalani beliau pada baru-baru ini hanyalah pembedahan prostat dan bukannya menghidap penyakit kanser prostat.

“Semua orang lelaki ada prostat sama ada besar atau kecil. Tapi janganlah buat spekulasi yang macam-macam,” katanya.

Ahmad Zahid ulas dakwaan Raja Petra Raja Kamarudin

Ahmad Zahid berkata demikian bagi mengulas dakwaan bloger, Raja Petra Raja Kamarudin bahawa beliau akan meletakkan jawatan kerana menghadapi masalah kesihatan.

Menurutnya lagi, beliau kembali sihat dan meneruskan kerja selepas selesai menjalani prosedur berkenaan.

“Alhamdulillah saya sihat atas doa semua termasuk orang yang mendoakan saya melakukan perkara yang tidak pernah fikirkan,” katanya.

Ahmad Zahid kembali bertugas selepas tempoh berehat

Jumaat lalu (1 Disember), Ahmad Zahid yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah itu memuat naik di akaun Facebook miliknya gambar beliau kembali semula bertugas.

Beliau kembali bertugas dengan menghadiri mesyuarat kabinet yang dipengerusikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ahmad Zahid dilihat hadir dalam bilik mesyuarat dalam keadaan ceria ketika membuat pendaftaran Identiti Digital Nasional atau Digital ID.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.