fbpx
Now Reading
Malaysia Tetap Teruskan Sokongan Kepada Palestin Walaupun Terima Ancaman Bom – Ahmad Zahid

Malaysia Tetap Teruskan Sokongan Kepada Palestin Walaupun Terima Ancaman Bom – Ahmad Zahid

Terdahulu, pihak polis telah menerima panggilan daripada pusat beli belah itu jam 6.10 petang pada 14 Oktober yang lalu berhubung ancaman bom daripada individu yang tidak dikenali.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada Sabtu (14 Oktober) yang lalu, negara digemparkan dengan insiden ancaman bom di pusat membeli belah Sogo Mid Valley Southkey di Johor Bahru, Johor.

Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat, insiden yang mencemaskan itu berlaku apabila pihak pengurusan pusat beli-belah berkenaan menerima panggilan daripada seorang individu dari luar negara yang mendakwa telah meletakkan bom di premis tersebut.

Malah, menerusi panggilan yang diterima, individu itu turut mengugut untuk tidak menunjukkan sokongan terhadap Palestin.

Insiden tersebut menyebabkan berlaku kekecohan di pusat beli belah berkenaan sebaik arahan evakuasi dikeluarkan selain ada pengunjung yang terpaksa meninggalkan kenderaan mereka di kawasan parkir.

Ahmad Zahid Hamidi Tegaskan Malaysia Tetap Teruskan Sokongan Kepada Palestin

Mengulas lanjut mengenai kejadian ini, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menegaskan bahawa Malaysia tetap kekal meneruskan sokongan terhadap perjuangan rakyat Palestin walaupun menerima ancaman bom disebabkan sokongan yang diberikan.

Menurut beliau, kerajaan akan sentiasa berjaga-jaga dengan sebarang kemungkinan dan ancaman serta menasihatkan agar rakyat tidak perlu khuatir.

“Pihak polis telah menyatakan itu adalah ancaman yang sengaja dibuat, cuma kita perlu berjaga-jaga dan tidak perlu khuatir pun,” kata beliau.

Kerajaan Tetap Akan Terus Kumpul Derma Buat Palestin

Tambah beliau lagi, kerajaan tetap akan meneruskan kutipan derma bagi membantu rakyat Palestin yang terkesan dengan serangan yang dibuat terhadap mereka sejak sekian lama.

Terdahulu, pihak polis telah menerima panggilan daripada pusat beli belah itu jam 6.10 petang pada 14 Oktober yang lalu.

Ekoran daripada panggilan yang diterima, seramai 92 anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) termasuk dua unit anjing pengesan K9 telah ditugaskan ke lokasi bagi menjalankan siasatan lanjut berhubung ancaman bom berkenaan. Malah, seramai 23 orang anggota bomba turut ditugaskan ke lokasi kejadian.

Pengunjung pusat beli belah tersebut turut diminta untuk mengosongkan premis berkenaan sepanjang tempoh siasatan dijalankan.

Sehingga jam 9.00 malam, polis mengesahkan keadaan dan premis berkenaan selamat dan pada jam 9.15 malam, pengunjung dibenarkan untuk meninggalkan pusat beli belah berkenaan.

Difahamkan, terdapat kira-kira 9,000 pengunjung berada di premis tesebut ketika pihak pengurusan menerima panggilan itu.

KENYATAAN MEDIA KETUA POLIS JOHOR #PrihatinPDRMJohor #LikeShareFBPolisJohor #FollowInstagramPolisJohor_Official

Posted by Polis Johor on Saturday, 14 October 2023
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.