fbpx
Now Reading
Kelantan Rekod Bilangan Miskin Tegar Tertinggi Di Semenanjung – TPM II

Kelantan Rekod Bilangan Miskin Tegar Tertinggi Di Semenanjung – TPM II

Menurut Fadillah, Kelantan merupakan antara negeri strategik yang mempunyai sempadan darat negara hasil sumber asli baik di laut atau darat, tetapi perlahan daripada segi pembangunan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kelantan merupakan negeri yang berada di belah pantai timur Semenanjung Malaysia iaitu berhampiran dengan Terengganu dan juga Pahang.

Selain daripada masakannya yang terkenal di seluruh Semenanjung, Kelantan juga kaya dengan alam semula jadi dan hasil sumber asli dari darat dan laut.

Kelantan catat jumpa KIR miskin dan miskin tegar tertinggi di Semenanjung

Pun begitu, Kelantan mencatatkan jumlah bilangan Ketua Isi Rumah (KIR) miskin dan miskin tegar tertinggi di Semenanjung.

Timbalan Perdana Menteri II, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, sehingga 11 September lalu, seramai 67,772 orang KIR miskin direkodkan di negeri berkenaan.

57,355 KIR miskin dan 10,417 kir miskin tegar

Menurutnya, daripada jumlah itu, seramai 57,355 orang merupakan KIR miskin manakala 10,417 orang lagi dikategorikan sebagai KIR miskin tegar.

“Saya menyeru agar semua ketua jabatan dan agensi dapat sama-sama melihat perkara ini dengan serius selain perlu mendahulukan faktor kesejahteraan rakyat dalam setiap perancangan pembangunan projek.

“Ia seiring dengan hasrat penubuhan Kerajaan Madani iaitu Menokhtahkan Kemiskinan,” katanya dipetik Kosmo hari ini (10 Oktober).

Kelantan merupakan negeri strategi tetapi perlahan daripada segi pembangunan

Menurut Fadillah lagi, Kelantan merupakan antara negeri strategik yang mempunyai sempadan darat negara, hasil sumber asli baik di laut atau darat, rakyat kuat bekerja dan pandai berniaga.

Foto: Google Map

Bagaimanapun beliau berkata, Kelantan dilihat menjadi antara negeri yang agak perlahan daripada segi pembangunan berdasarkan pencapaian semasa.

“Ia adalah cabaran yang besar bagi pemerintah negeri atau di peringkat Persekutuan untuk memastikan Kelantan tidak ketinggalan dalam arus pembangunan.

“Perancangan pembangunan amat penting bagi memastikan kesejahteraan rakyat terus terjamin,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.