fbpx
Now Reading
47 Kes Pertuduhan: Ahmad Zahid Dilepas Tanpa Dibebaskan

47 Kes Pertuduhan: Ahmad Zahid Dilepas Tanpa Dibebaskan

Menurut Hakim Mahkamah Tinggi, perintah DNAA telah diputuskan susulan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyemak dengan teliti dakwaan yang terkandung dalam memoir kontroversi Thomas, terutamanya mengenai dakwaan berhubung pendakwaan terpilih.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/news/2023/08/09/ketua-pendakwaan-kes-rasuah-zahid-digantikan-kerana-akan-bersara-awal-peguam-negara/

Timbalan Perdana Menteri I Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi hari ini (4 September) menzahirkan rasa syukur selepas Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) beliau daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid apabila pihaknya memutuskan untuk memberhentikan prosiding kerana mereka ingin menyiasat dengan lebih mendalam.

“Mahkamah ini membuat keputusan untuk melepaskan tanpa membebaskan. Sebelum saya tangguhkan, saya ingin menyatakan di sini bahawa, apa sekalipun kuasa Peguam Negara di bawah Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah untuk memulakan dan menarik balik pertuduhan pada bila-bila masa sebelum penghakiman dibuat, tidak boleh dipersoalkan.

“Andainya pihak pendakwaan memutuskan dalam masa terdekat bahawa mereka tidak akan meneruskan pendakwaan, bahawa banyak masa kehakiman yang berharga akan terbuang di samping membazirkan banyak wang pembayar cukai, dan dengan ini, mahkamah ditangguhkan,” katanya dipetik Bernama.

Zahid Hamidi hantar surat representasi setelabal 200 muka surat kepada AGC

Sebelum ini, Ahmad Zahid telah menghantar surat representasi setebal 200 muka surat kepada Pejabat Peguam Negara (AGC) sebagai asas pertimbangan supaya pertuduhan terhadapnya digugurkan.

Surat representasi pertama dikemukakan pada awal tahun lalu dan yang kedua pula yang lengkap dengan fakta dan bukti baharu telah dihantar kepada AGC pada bulan Februari.

Ujar Hakim, pihak pendakwaan dalam melaksanakan kuasanya mengikut Perkara 145 (3) Perlembagaan Persekutuan dan di bawah Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah, memutuskan untuk menarik semula 47 pertuduhan terhadap Presiden UMNO itu.

“Pihak pendakwaan bagaimanapun memohon DNAA, mereka ada beberapa sebab untuk ini, tetapi tidak terhad kepada keperluan untuk menyiasat lebih lanjut mengenai pertuduhan yang dikenakan, dan bahawa suruhanjaya siasatan diraja akan dimulakan berhubung kandungan sebuah buku bekas Peguam Negara (Tan Sri Tommy Thomas).

“Pihak pembelaan bagaimanapun membantah DNAA, sebaliknya memohon supaya mahkamah memberikan keputusan dilepas dan dibebaskan (DAA),” katanya.

Perintah DNAA kerana Suruhanjaya Siasatan Diraja ingin teliti memoir kontroversi Thomas

Jelas Sequerah lagi, perintah DNAA telah diputuskan susulan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja bagi menyemak dengan teliti dakwaan yang terkandung dalam memoir kontroversi Thomas, terutamanya mengenai dakwaan berhubung pendakwaan terpilih.

“Representasi adalah setebal kira-kira 200 muka surat, dan adalah wajar untuk pemeriksaan lanjut dijalankan.”

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Collin Lawrence Sequerah

Beliau berkata kes itu bermula pada November 2019 dan perbicaraan telah berlangsung selama 77 hari dengan 114 saksi dipanggil untuk memberi keterangan.

“Sehubungan itu saya memutuskan supaya tertuduh dilepas tanpa dibebaskan,” ujar Sequerah.

Mohd Dusuki dapat arahan daripada Peguam Negara untuk tidak teruskan prosiding

Sementara itu, Mohd Dusuki Mokhtar selaku Timbalan Pendakwa Raya pula berkata beliau mendapat arahan daripada Peguam Negara untuk tidak meneruskan prosiding ini.

Mohd Dusuki memohon agar kes terbabit diklasifikasikan sebagai DNAA kerana Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) sedang menyiasat dan pihak pendakwaan perlu menyemak hasil siasatan.

Pada masa sama, beliau juga memaklumkan setakat ini pihak pembelaan telah memanggil seramai 15 saksi.

Peguam yang mewakili Ahmad Zahid, Datuk Hisyam Teh Poh Teik turut memohon agar mahkamah membelaskan anak guamnya mengikut Seksyen 254 Kanun Acara Jenayah.

“Yang Arif, kes ini berada di peringkat pembelaan, dan sejumlah 15 saksi telah beri keterangan sehingga kini, dan sekarang AGC memutuskan untuk menyemak semula dan menyiasat lebih lanjut kes ini. Kes ini telah membelenggu anak guam saya sejak 2018.

“Pihak AGC sendiri tidak mahu meneruskan kes itu, justeru anak guam saya mesti dibebaskan sepenuhnya,” kata Hisyam sambil menambah adalah tidak adil sekiranya Ahmad Zahid tidak diberikan pembebasan sepenuhnya.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Mahkamah Bebaskan Ahmad Zahid, Pihak Pendakwaan Failkan Petisyen Rayuan

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.