fbpx
Now Reading
Syed Saddiq Umum MUDA Keluar Dari Blok Kerajaan, Sertai Pembangkang Sebagai Third Force [Video]

Syed Saddiq Umum MUDA Keluar Dari Blok Kerajaan, Sertai Pembangkang Sebagai Third Force [Video]

Menurut Syed Saddiq, MUDA tetap akan memberi sokongan kepada segala usaha reformasi institusi dan perihal rakyat meskipun menjadi pembangkang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) mengumumkan tidak lagi bersama Kerajaan Perpaduan dan akan menjadi pembangkang third force (kuasa ketiga).

Kenyataan itu diumumkan oleh Presiden MUDA, Syed Saddiq Abdul Rahman menerusi hantaran video di akaun Facebook miliknya.

Surat telah diutus ke Speaker Dewan Rakyat

Menurut Ahli Parlimen Muar itu, keputusan tersebut telah dimaklumkan kepada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul, melalui surat rasmi untuk memberi pertimbangan di bawah Peraturan Mesyuarat 2(2) Peraturan-Peraturan Majlis Dewan Rakyat.

“Ini adalah keputusan yang sukar, tapi ia perlu diselesaikan. Jalan yang akan datang akan panjang dan sepi, tetapi berbaloi kerana rakyat Malaysia akan sentiasa jadi keutamaan,” katanya.

MUDA berada di blok pembangkang kerana 47 pertuduhan kes Ahmad Zahid DNAA

Jelasnya, antara sebab utama keputusan tersebut dilakukan adalah kerana keputusan kerajaan baru-baru ini yang melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) 47 pertuduhan kes Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

“Tindakan kerajaan hari ini menggugurkan 47 pertuduhan rasuah, Timbalan Perdana Menteri menyukarkan MUDA untuk terus kekal dalam kerajaan,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, ini bukanlah keputusan kali pertama yang dilakukan oleh beliau berdasarkan prinsip apabila pada tahun 2020 dahulu pernah menolak untuk menjadi menteri serta pengerusi GLC semasa langkah Sheraton berlaku.

MUDA tetap akan sokong usaha reformasi institusi dan perihal rakyat

Dalam pada itu, beliau turut menjelaskan bahawa MUDA tetap akan memberi sokongan kepada segala usaha reformasi institusi dan perihal rakyat meskipun menjadi pembangkang.

“MUDA dengan ini ingin fokus sebagai ‘third force’ di blok pembangkang supaya menjadi suara rakyat dan mainkan peranan semak dan imbang. MUDA akan tetap sokong segala usaha reformasi institusi dan perihal rakyat.”

Presiden MUDA, Syed Saddiq

Syed Saddiq minta cermin diri pada pihak yang mengarahnya kosongkan kerusi Parlimen

Dalam pada itu, Syed Saddiq juga meminta pihak yang mendesak beliau untuk mengosongkan kerusi Parlimen agar mencermin diri terlebih dahulu.

Menerusi satu sesi ‘live’ soal jawab mengenai keputusan MUDA ingin menjadi pembangkang itu, Syed Saddiq mencabar pihak dalam kerajaan yang dahulunya ingin melawan rasuah tetapi kini mendiamkan diri agar berbuat demikian.

“Pihak yang desak saya mengosongkan kerusi, mereka perlu cermin diri. Adakah kamu bersedia untuk kosongkan kerusi juga?

“Persoalan yang ingin saya kembalikan kepada mereka, siapa yang tidak konsisten, siapa yang mengkhianati rakyat,” katanya dipetik FMT.

Ujar Syed Saddiq, beliau tidak akan mengosongkan kerusi Parlimen Muar meskipun didesak pelbagai pihak.

Video penuh sesi soal jawab

Terdahulu, pada 4 September lalu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid apabila pihaknya memutuskan untuk memberhentikan prosiding kerana mereka ingin menyiasat dengan lebih mendalam.

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.