fbpx

Kes DNAA Zahid: Anwar Tegas Tak Arah Idrus Campur Tangan

Anwar pada masa yang sama juga tidak menyalahkan rakyat yang ingin penjelasan lanjut berhubung keputusan yang dikenakan kepada Timbalan Perdana Menteri I itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan beliau tidak pernah memberi arahan kepada bekas Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun untuk campur tangan dalam keputusan untuk melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dalam kes 47 pertuduhannya.

Menurutnya, jika seorang perdana menteri berkuasa untuk menangguhkan keputusan itu, beliau tidak menolak kemungkinan akan melepaskan semua orang politik yang didakwa ketika pilihan raya.

“Tapi saya nak jelaskan tak ada arahan peguam negara (ketika itu), (Tan Sri) Idrus (Harus). Dia terbabit dalam meneruskan pendakwaan.

“Kemudian dia baca dokumen bocor yang ditulis oleh AGC (Pejabat Peguam Negara) yang menyatakan tak bersetuju dengan pendakwaan.

“Beberapa fakta baharu (setebal) 200 halaman dikemukakan. Tentunya saya sebagai perdana menteri tahu kesan dari tuduhan yang dilemparkan. Saya terpaksa tanya panjang kepada AG (peguam negara) kenapa keputusannya begitu, kenapa sekarang.

“Tetapi kalau tanya saya, saya ada kuasa… Saya nak tangguh. Sebab apa? Sebab saya nak lepaskan semua (untuk) pilihan raya.

“Kemudian AG jalankanlah tetapi AG tak bersetuju. AG kata tarikh awal mahkamah ialah 4 hari bulan dan 5 hari bulan adalah akhir beliau.

“Jadi beliau jalankan tanggungjawab. Dia tak mahu lepaskan tanggungjawab yang dia uruskan kepada yang lain.

“Saya tak boleh halang dan saya baca kenyataan sebahagiannya benar, sebahagiannya lahirkan rasa kesangsian dan minta penjelasan lanjut,” katanya dipetik Harian Metro hari ini (8 September).

Berhubung pelbagai dakwaan yang timbul selepas keputusan mahkamah terhadap kes Ahmad Zahid itu, Anwar menjelaskan beliau juga ada meminta penjelasan lanjut daripada peguam negara pada waktu itu.

Anwar tidak tuding jari salahkan rakyat yang ingin penjelasan lanjut

Malah Anwar juga tidak menyalahkan rakyat yang ingin penjelasan lanjut berhubung keputusan yang dikenakan kepadaPresiden UMNO itu.

“Tapi kalau kita baca 11 perkara yang dibentangkan di hadapan hakim dan hakim berpuas hati. Orang kata salahkan hakim atau nak bebankan hakim, tak ada. Itu proses begitu rupa. Itu saja yang saya boleh sebut dalam kes ini.

“Saya tak fikir ini adil untuk jatuhkan hukuman kerana suka atau tak suka terhadap orang politik. Semua kes berbeza. Tapi banyak kes yang terlepas sama ada sebelum perbicaraan atau selepas perbicaraan.

“Tapi bersabar dan baca. Jangan dengar tohmahan orang politik ini. Kadang-kadang dia ini ikut sedap kata saja. Jadi saya syorkan baca ketetapan daripada AG di hadapan hakim dan mengapa hakim kemudian bersetuju dengan usul.

“Ada yang mengatakan hakim tak ada pilihan. Itu tak benar,” katanya lagi.

Jelas Anwar, meskipun badan kehakiman tertakluk kepada kertas pendakwaan, tetapi ia masih ada budi bicara.

Nafi dakwaan kerajaan pimpinanya sudah tinggalkan prinsip reformasi

Menurutnya lagi, apa yang diperkatakan itu bukanlah untuk membawa pandangannya sebagai seorang peguam negara, namun untuk menafikan dakwaan bahawa kerajan pimpinannya sudah meninggalkan prinsip reformasi.

“Saya bukan bawa pandangan sebagai AG dan saya juga elak. Sebab tohmahan satu pihak ini kerajaan Anwar sudah tinggalkan reformasi, ini tak betul.

“Seperti mana yang saya sebutkan berulang kali, boleh semak AG dulu dan sekarang, boleh semak ketua hakim negara dalam kes apa yang saya campur (tangan)? Tapi bila kena tokoh tertentu, dia jadi isu (pula).

“Rakyat umumnya berhak ambil tahu dan jawapannya, perlu membaca kenyataan sepenuhnya. Tetapi janganlah fitnah.

“Janganlah kata ini arahan perdana menteri dan sebagainya,” katanya.

Mahkamah putuskan untuk lepaskan tanpa bebaskan Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memutuskan untuk melepaskan tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah, dan pengubahan wang haram berkaitan dana Yayasan Akalbudi.

Hakim Datuk Collin Lawrence Sequerah membuat keputusan itu selepas membenarkan permohonan oleh Timbalan Pendakwa Raya untuk melepaskan tanpa membebaskan Ahmad Zahid apabila pihaknya memutuskan untuk memberhentikan prosiding kerana mereka ingin menyiasat dengan lebih mendalam.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: 47 Kes Pertuduhan: Ahmad Zahid Dilepas Tanpa Dibebaskan

BACA ARTIKEL BERKAITAN:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.