fbpx
Now Reading
Selepas DAP, Amanah Pula Gesa Peguam Negara Perjelas Isu DNAA Kes Zahid Hamidi

Selepas DAP, Amanah Pula Gesa Peguam Negara Perjelas Isu DNAA Kes Zahid Hamidi

Menurut Mohd Hatta Ramli, Idrus selaku AG atau Jabatan Peguam Negara perlu memberikan hujah atau alasan mengapa keputusan tersebut perlu dibuat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

https://www.buzzkini.com/news/2023/09/04/47-kes-pertuduhan-ahmad-zahid-dilepas-tanpa-dibebaskan/

Parti Amanah Negara (AMANAH) hari ini (5 September) menggesa Peguam Negara (AG) atau Jabatan Peguam Negara untuk menjelaskan secara terperinci alasan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang melepas tanpa membebaskan (DNAA) Timbalan Perdana Menteri I, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram.

Gesaan ini dilakukan tidak sampai beberapa jam selepas Parti Tindakan Demokratik (DAP) meminta perkara sama.

Setiausaha Agung AMANAH, Datuk Mohd Hatta Ramli menerusi satu kenyataan berkata, Idrus selaku AG atau Jabatan Peguam Negara perlu memberikan hujah atau alasan mengapa keputusan tersebut perlu dibuat.

Jelasnya, AMANAH percaya penjelasan terperinci akan dapat memberikan pencerahan kepada semua pihak.

Perkara ini sekali gus dapat mengangkat integriti institusi undang-undang negara khususnya Jabatan Peguam Negara serta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

“AMANAH menghormati keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk melepas tanpa membebaskan Ahmad Zahid semalam atas prinsip kedaulatan undang-undang yang didukung oleh selama ini.

“Namun begitu, AMANAH ingin menzahirkan pandangan atas dasar integriti dan kebertanggungjawaban supaya Peguam Negara atau Jabatan Peguam Negara memberikan suatu penjelasan terperinci mengenai hujah atau alasan yang mendorong kepada keputusan itu,” kata Mohd Hatta.

Terdahulu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada Isnin (4 September) membuat keputusan melepas tanpa membebaskan (DNAA) Ahmad Zahid yang juga Presiden UMNO daripada 47 pertuduhan pecah amanah, rasuah dan pengubahan wang haram membabitkan puluhan juta ringgit dana milik Yayasan Akalbudi.

Hakim, Collin Lawrence Sequerah berbuat demikian selepas membenarkan permohonan yang dikemukakan Timbalan Pendakwa Raya Mohd Dusuki Mokhtar, di saat kes berkenaan sedang berada peringkat prosiding bela diri.

Peguam Zahid bagaiamanapun memaklumkan akan memfailkan rayuan di Mahkamah Rayuan kerana Mahkamah Tinggi hanya melepaskan tanpa membebaskannya.

Baca artikel berkaitan:


View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.