fbpx

Sanusi Menang Kes Saman Fitnah Beli Vellfire, Mahkamah Perintah Mahfuz Bayar RM250,000

Mahkamah memerintahkan Mahfuz Omar untuk membayar ganti rugi sebanyak RM250,000 dan buat permohonan maaf terbuka kepada Muhammad Sanusi.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pada tahun 2020 Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi telah memfailkan saman fitnah terhadap empat pemimpin dari parti pembangkang selepas timbul dakwaan membuat pembelian kenderaan MPV jenama Toyata Vellfire milik Syarikat Air Darul Aman (SADA) untuk kegunaan peribadi.

Antara pemimpin yang disaman adalah Ahli Parlimen Pokok Sena, Datuk Mahfuz Omar, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pengkalan Kundor, Dr Ismail Salleh serta dua lagi individu.

Sanusi menang kes saman fitnah isu beli kereta Vellfire, Mahfuz diperintah bayar RM250,000

Terbaharu, Mahkamah Tinggi Alor Setar telah membenarkan tuntutan saman berhubung isu kenderaan tersebut.

Sehubungan itu, Mahfuz yang juga Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) diperintahkan untuk membayar ganti rugi kepada Sanusi sebanyak RM250,000.

Keputusan itu diputuskan oleh Hakim Dr. Arik Sanusi Yeop Johari apabila plaintif (Sanusi) telah berjaya membuktikan tuntutannya kepada Mahfuz.

Ganti rugi sebanyak RM250,000 itu terdiri daripada ganti rugi am RM200,000 serta ganti rugi tauladan bernilai RM50,000 dan juga kos RM30,000.

Mahkamah perintah Mahfuz buat permohonan maaf terbuka

Menurut laporan Kosmo, pihak defendan iaitu Mahfuz juga telah diperintahkan oleh mahkamah untuk membuat permohonan maaf secara terbuka kepada plaintif dan ia hendaklah diterbitkan di dalam akhbar bahasa Melayu dan juga bahasa Inggeris.

Permohonan maaf itu juga perlu diterbitkan dalam tempoh selama 14 hari dari tarikh penghakiman dilakukan.

Selain itu, Mahfuz juga perlu memuat naik permohonan maaf tersebut di Facebook rasminya dengan terma serta perlu disemak dan dipersetujui Sanusi.

Tarik semula semua hantaran dan dilarang memuat naik sebarang kandungan media yang menyentuh isu tersebut

Mahkamah memerintahkan Mahfuz untuk menarik semula hantaran di laman Facebook serta video dan tidak dibenarkan untuk memuat naik mahupun menyiarkan sebarang video atau kandungan media yang mengandungi atau menyentuh mengenai isu terbabit.

Dr. Arik turut memerintahkan perintah injuksi dikekalkan bagi menghalang Mahfuz mahupun mana-mana pihak untuk membuat hantaran, menyiarkan atau menerbitkan apa-apa kenyataan dalam sebarang bentuk yang mempunyai maklumat serta kandungan yang sama.

Ketika pembicaraan dilakukan, Dr. Arik menerusi penghakimannya menegaskan semua kenyataan dikeluarkan oleh pihak defendan yang kononnya Menteri Besar Kedah itu membeli kenderaan tersebut untuk kegunaan persendiriannya bersifat fitnah serta berniat jahat.

Sebelum ini, pemimpin Amanah itu ada memuat naik hantaran di Facebook miliknya bertajuk ‘Komen Politik Semasa’ yang memfitnah Sanusi berhubung pembelian kenderaan tersebut.

Hantaran itu telah dimuat naik Mahfuz pada 17 Oktober 2020.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.