fbpx
Now Reading
“Simpan Semua Resit”- Peguam Dedah Boleh Saman Tunang Jika Batalkan Perkahwinan [Video]

“Simpan Semua Resit”- Peguam Dedah Boleh Saman Tunang Jika Batalkan Perkahwinan [Video]

Peguam, Datuk Wan Azmir meminta agar setiap individu yang bertunang untuk menyimpan resit perbelanjaan untuk dijadikan sebagai bahan bukti.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang bercinta pasti mengimpikan hubungan mereka berakhir ke jinjang pelamin.

Oleh itu, daripada bercinta pasangan akan beralih ke fasa pertunangan sebelum ke peringkat seterusnya iaitu berkahwin.

Ketika di fasa pertunangan kebiasaannya pasangan akan sibuk membuat persiapan sebelum tiba hari bahagia.

Namun dalam sibuk membuat persiapan tidak dinafikan fasa ini juga merupakan ujian buat segelintir pasangan apabila ada yang bergaduh sehingga bertindak mengambil keputusan untuk membatalkan perkahwinan secara tiba-tiba.

Atau ada juga yang ditipu oleh tunang sehingga menyebabkan pasangan kerugian ribuan ringgit gara-gara sudah membuat persiapan.

Walau bagaimanapun usah bimbang, sebenarnya anda boleh mengambil tindakan undang-undang terhadap pasangan tersebut dengan membawanya ke mahkamah kerana telah menyebabkan anda mengalami kerugian.

Peguam kongsi macam mana nak heret kes tunang tipu, batal kahwin ke mahkamah

Perkara ini dikongsikan oleh peguam, Datuk Wan Azmir Wan Majid yang menjelaskan terdapat beberapa perkara yang perlu dititik beratkan sebelum bertindak menyaman bekas tunang.

“Boleh saman sekiranya anda mengalami sebarang kerugian kewangan akibat pembatalan tersebut, seperti perbelanjaan yang dikeluarkan untuk majlis perkahwinan,” ujarnya.

Selain itu, mangsa juga boleh mendapatkan semula pampasan daripada bekas pasangan sekiranya si dia ada berjanji untuk membayar wang perbelanjaan perkahwinan.

Namun tegas beliau apa yang penting adalah setiap resit perbelanjaan perlulah disimpan sebagai bukti.

Sebelum ini, seorang peguam yang dikenali sebagai lawyer Gandhi pernah menjelaskan mana-mana individu boleh menyaman pasangan dengan syarat sudah mempunyai perjanjian yang jelas.

Perjanjian yang dimaksudkan seperti sudah menghantar kad jemputan kahwin. Bagi tujuan tuntutan seorang Muslim boleh melakukannya di Mahkamah Syariah manakala yang bukan Islam di Mahkamah Sivil.

Baca artikel berkaitan: “Saman Pasangan Sebab Batal Perkahwinan?” – Ini Penjelasan Peguam [Video]

Melihat di ruangan komen peguam terbabit, ramai yang menyatakan perkongsiannya itu boleh digunakan bagi mereka yang teraniaya dengan pasangan.

“Hutang RM5 pun susah nak bayar, apatah nak bayar saman yang ribu ni”

“Kena ada hitam putih macam persetujuan, kalau tiba-tiba dia minta batal”

“Lepas ni resit beli-beli barang semua simpan.. kalau bagi duit pun minta tanda borang serahan duit. Kalau tanya kenapa, kalau putus aku tuntut semua ni”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.