fbpx
Now Reading
Pelarasan Tarif Baharu Air: Kumpulan Miskin Tegar & B40 Dijamin Tidak Akan Terbeban

Pelarasan Tarif Baharu Air: Kumpulan Miskin Tegar & B40 Dijamin Tidak Akan Terbeban

Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam, sebanyak lapan operator syarikat air bersetuju untuk memberi bantuan khusus kepada golongan ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Hari ini (17 Januari), hangat di media mengenai pelarasan tarif baharu air yang akan berkuatkuasa bermula 1 Februari ini.

Pelarasan tersebut akan menyebabkan berlakunya peningkatan tarif air purata sebanyak 22 sen bagi setiap meter padu air.

Kenaikan ini bakal melibatkan kira-kira 6.9 juta pengguna domestik di Semenanjung Malaysia dan Wilayah Persekutuan Labuan dan ia akan dilaksanakan di bawah Mekanisme Penetapan Tarif (Tariff Setting Mechanism – TSM).

Pengumuman ini nyata menimbulkan reaksi dari pelbagai pihak yang rata-ratanya risau akan terbeban dengan caj bulanan penggunaan sumber utama itu.

Baca Artikel Berkaitan: Tarif Air Naik Purata 22 Sen Semeter Padu Bermula 1 Februari Ini

Kumpulan Miskin Tegar & B40 Dijamin Tidak Akan Terbeban

Terbaharu, kerajaan memberi jaminan bahawa golongan miskin tegar dan B40 tidak akan terbeban dengan tarif baharu air yang diumumkan.

Menurut Timbalan Menteri Peralihan Tenaga dan Daya Guna Awam Akmal Nasrullah Mohd Nasir, sebanyak lapan operator syarikat air bersetuju untuk memberi bantuan khusus kepada golongan ini.

“Dari segi bantuan itu, (golongan sasar) akan mendapat rebat. Ia bermakna tidak akan dirasai jumlah kenaikan itu. Apabila berlaku pelarasan, mereka tidak akan terkesan,” katanya yang dipetik daripada Berita Harian.

Guna Data Sedia Ada Dalam eKasih Sebelum PADU

Jelas beliau lagi, negeri dan operator air akan menggunakan maklumat dan senarai nama berdasarkan data sedia ada di Bank Data Kemiskinan Nasional (eKasih) sebelum menggunakan data dalam Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) bagi membantu golongan sasar.

“Proses PADU sedang berlangsung bagi mendapatkan maklum balas setiap individu untuk tujuan mengemas kini latar belakang kumpulan sasar.

“Bagi jangka panjang, apabila sistem PADU sudah siap, saya pasti di peringkat kementerian dan Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) akan minta selaraskan supaya manfaatnya sampai kepada kumpulan sasar,” katanya.

Terdahulu, SPAN memaklumkan bahawa pengumuman kenaikan tarif air purata itu amat penting bagi membolehkan operator air meningkatkan tahap perkhidmatan dalam membekalkan air yang berkualiti secara berterusan.

Malah, kenaikan itu disifatkan masih rendah dan tidak dapat menampung kos sebenar penyediaan perkhidmatan bekalan air iaitu sebanyak RM1.75 setiap meter padu berdasarkan rekod pada tahun 2022.

Baca Artikel Berkaitan: Tarif Air Naik Purata 22 Sen Semeter Padu Bermula 1 Februari Ini

Baca Artikel Berkaitan: Kadar Tarif Air Di Malaysia Antara Terendah Di Asia

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.