fbpx
Now Reading
Kadar Tarif Air Di Malaysia Antara Terendah Di Asia

Kadar Tarif Air Di Malaysia Antara Terendah Di Asia

Kadar tarif yang dikenakan di negara jiran antaranya seperti Thailand dan Singapura dilihat lebih tinggi berbanding negara ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Air merupakan sumber yang paling penting dalam kehidupan manusia. Ini kerana boleh dikatakan setiap aktiviti utama dalam kehidupan seharian menggunakan air antaranya seperti memasak, membasuh pakaian dan membersihkan diri.

Bagi kebanyakan negara, setiap isi rumah yang menggunakan bekalan air bersih akan dicaj berdasarkan penggunaan sumber tersebut.

Pengenaan caj itu adalah bagi memastikan bekalan air yang bersih dapat disalurkan serta rawatan dan penyelenggaran air dapat dibuat.

Malaysia Antara Negara Asia Yang Mempunyai Kadar Tarif Air Terendah

Tahukah anda? Berdasarkan laman web rasmi Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Malaysia merupakan antara negara yang mengenakan purata tarif terendah bagi setiap meter padu air berbanding negara Asia yang lain.

Berdasarkan senarai tersebut, Malaysia berada di tangga keempat dengan tarif terendah dalam kalangan negara Asia bagi tahun 2022 iaitu RM1.22 setiap meter padu air.

Myanmar pula berada di tangga pertama dengan pengenaan tarif air sebanyak RM0.09, diikuti Brunei RM0.35 dan Indonesia di tempat ketiga dengan kadar RM1.15 bagi kuantiti yang sama.

Kadar Tarif Air Negara Jiran Lebih Tinggi

Kadar tarif yang dikenakan di negara jiran antaranya seperti Thailand dan Singapura dilihat lebih tinggi berbanding negara ini.

Kadar RM1.37 dikenakan di Vietnam, Thailand (RM1.68), Filipina (RM2.92) dan Singapura pula adalah sebanyak RM5.88 setiap meter padu air yang digunakan.

Ada Negeri Yang Tarifnya Tidak Disemak Lebih 25 Tahun

Tambah SPAN lagi, terdapat beberapa negeri di Malaysia yang kadar tarifnya tidak disemak lebih 25 tahun iaitu Pahang dan Perlis di mana kali terakhir semakan dibuat masing-masing adalah pada tahun 1983 dan 1996.

Menerusi laman sesawang tersebut, SPAN turut memaklumkan bahawa purata kos keseluruhan bagi merawat serta membekalkan air di Malaysia dan Labuan pada tahun 2020 adalah RM1.68 per meter padu.

“Purata tarif yang dikutip daripada pengguna adalah lebih rendah daripada purata kos keseluruhan iaitu RM1.37 per meter padu pada tahun yang sama,” katanya.

Jelas SPAN lagi, semakan tarif air adalah perlu bagi membolehkan pelaksanaan pembangunan infrastruktur dapat dibuat serta memastikan bekalan air dapat diatasi dan diselesaikan.

Malah, prestasi kewangan yang lemah boleh menjejaskan kepada perkhidmatan operator serta permintaan pengguna tidak dapat dipenuhi.

Sekadar info, SPAN merupakan badan pengawalselia kebangsaan bagi industri air dan pembentungan untuk Semenanjung Malaysia, Wilayah Persekutuan Putrajaya dan Labuan.

Baca Artikel Berkaitan: Tarif Air Di Perak Naik, Menteri Besar Beri Jaminan Tak Akan Bebankan Rakyat

Baca Artikel Berkaitan: Bekalan Air Terputus, Penduduk Di Pulau Pinang Sanggup Tunggang Motosikal Sejauh 5km Cari Anak Sungai

Baca Artikel Berkaitan: Tiada Bekalan Air Bersih, Mangsa Terpaksa Masak Air Banjir Untuk Dijadikan Minuman & Susu Anak

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.