fbpx
Now Reading
Gangguan Bekalan Air, Kedai Nasi Kandar Terpaksa ‘Cuti’ 4 Hari & Sewa 30 Tangki Air Untuk Berniaga

Gangguan Bekalan Air, Kedai Nasi Kandar Terpaksa ‘Cuti’ 4 Hari & Sewa 30 Tangki Air Untuk Berniaga

Sebanyak dua kedai nasi kandar iaitu Restoran Deen’s Maju Nasi Kandar dan juga Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang mengambil inisiatif untuk ‘bercuti’ sehingga isu bekalan air selesai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebelum ini, Pulau Pinang membuat makluman akan berdepan dengan masalah gangguan air selama empat hari bermula 10 sehingga 14 Januari.

Gangguan air itu dilaporkan berlaku disebabkan kerja pembaikan paip segera di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua yang dilakukan Perbadanan Bekalan Air negeri terbabit (PBAPP).

Oleh itu, gangguan bekalan air yang berlaku ini secara tidak langsung turut memberi kesan kepada perniagaan yang dijalankan oleh peniaga di negeri terbabit khususnya dalam industri pemakanan.

Ini kerana, bekalan air diperlukan untuk melakukan beberapa proses seperti, mencuci bahan mentah, membuat air minuman, mencuci peralatan dapur serta banyak lagi.

Baca artikel berkaitan: Gangguan Bekalan Air Di Pulau Pinang, Majikan Tak Boleh Paksa Pekerja Cuti & Potong Gaji Jika Tutup Operasi

Isu gangguan bekalan air, ramai peniaga pilih tutup kedai

Malah masalah ini secara tidak langsung membuatkan segelintir kedai nasi kandar yang terkenal di Pulau Pinang memilih untuk menutup kedai mereka atau hanya membenarkan pesanan makanan untuk dibawa pulang sepanjang gangguan bekalan air berlaku.

Menurut salah seorang peniaga nasi kandar iaitu Pengurus Restoran Deen’s Maju Nasi Kandar, Mohamed Ismail Seeni Mohamed ia adalah pertama kali pihaknya mengambil keputusan untuk ‘bercuti’ atau menutup kedainya kerana masalah bekalan air.

Malah dia turut menjangka mengalami kerugian daripada jualan sekitar RM50,000.

“Kami perlu banyak air misalnya untuk mencuci kira-kira 150 ayam dan 200 kilogram beras setiap hari tidak termasuk untuk mencuci peralatan dan kegunaan pelanggan.

“Kalau buka juga, kami takut timbul pelbagai masalah kerana kami sendiri tidak pasti berapa banyak air yang perlu disimpan dalam tempoh tersebut.

“Kepada semua peminat Deen’s Maju, kami minta maaf terpaksa tutup empat hari bermula jam 9.30 malam ini (9 Januari),” ujarnya dipetik Harian Metro.

Buat keputusan henti operasi sejak diumumkan pihak PBAPP

Dalam pada itu, satu lagi pengurus perniagaan di Restoran Nasi Kandar Pokok Ketapang, Mohammad Uvas Mohammad Jamil turut membuat keputusan yang sama iatu menghentikan operasi perniagaan mereka sejak pekara itu diumumkan pada 8 Disember tahun lalu.

“Kami fikir punya fikir, rasa macam susah nak simpan air. Jadi kami bagi semua 15 pekerja cuti bermula esok sampai Ahad ini. Jadi tak perlu pening kepala macam mana nak buat kalau tiada air nanti.

“Tak apalah nak buat macam mana walaupun kami jangka hilang pendapatan cecah RM30,000. Hari biasa, kalau tiada masalah, kami buka setiap hari dari jam 6 pagi hingga 8 malam kecuali hari raya,” ujarnya.

Keluarkan belanja RM18,000 untuk sewa tangki air bagi cawangan Lebuh Campbell

Manakala Pengurus Restoran Hameediyah, Shazwani Abdul Rahim pula memberitahu pihaknya mengeluarkan belanja sebanyak RM18,000 hanya untuk menyewa 30 buah tangki air yang berharga RM600 untuk satu unit.

Sewaan itu dibuat dengan sebuah syarikat swasta dan ia adalah untuk kegunaan kedai makan di cawangan Lebuh Campbell.

“Ketika ini, kesemua tangki dengan kapasiti 300 liter setiap satu sudah penuh diisi air. Kami telah merancang selama kira-kira dua minggu dan buat masa ini memutuskan hanya menerima penasan untuk bawa pulang, ujarnya.

Pilih untuk pakai peralatan pinggan dan bekas minuman pakai buang

Bagi pemilik kafe Tea Kadai yang terletak di Lebuh Queen pula iaitu Mohamed Rizwan Abdul Ghafoor Khan premisnya akan menggunakan alatan seperti pinggan dan bekas minuman pakai buang.

Untuk menu minuman pula ia digantikan dengan air mineral sepanjang gangguan bekalan air ini berlaku.

Malah dia turut mendapati harga mineral yang berharga RM9.50 turut mengalami peningkatan harga kepada RM10.50 kerana ia mendapat permintaan yang tinggi.

“Kami juga sudah mula mengedarkan 2,000 botol air berisipadu 1,500 militer setiap satu secara percuma bukan sahaja kepada pelanggan malah kepada orang ramai khas sempena peristiwa gangguan air ini,” jelasnya.

Sementara itu, orang ramai yang terkesan diingatkan agar berhati-hati sekiranya menggunakan tong air kitar semula berwarna biru.

Tong industri tersebut dilaporkan tidak selamat untuk digunakan sebagai bekas simpanan air untuk penyediaan makanan dan minuman.

Baca artikel berkaitan: Tong Air Kitar Semula Warna Biru Tak Selamat Digunakan, Boleh Ancam Kesihatan – CAP

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.