fbpx
Now Reading
Tong Air Kitar Semula Warna Biru Tak Selamat Digunakan, Boleh Ancam Kesihatan – CAP

Tong Air Kitar Semula Warna Biru Tak Selamat Digunakan, Boleh Ancam Kesihatan – CAP

CAP juga menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri untuk memantau penjualan tong air biru yang didakwa dijual pada harga yang mahal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengunaan tong air berwarna biru atau tong drum kitar semula oleh penduduk ketika berdepan gangguan bekalan air dikhuatiri boleh mengancam kesihatan terutama bagi mereka yang mempunyai masalah alahan.

Pegawai Penyelidik Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) Hatijah Hashim berkata, tong industri itu tidak selamat digunakan sebagai bekas simpanan air untuk penyediaan makanan atau minuman.

Terdapat penyerapan sisa bahan kimia dalam tong meskipun sudah dibersihkan

Menurutnya, ini kerana masih ada penyerapan sisa bahan kimia pada tong air tersebut meskipun ia sudah dibersihkan sebelum dijual kepada orang ramai.

“Air yang disimpan dalam tong ini tidak selamat digunakan, le­bih-lebih lagi untuk diminum atau dimasak ketika gangguan bekalan air selama empat hari (bermula hari ini).

“Umum tidak tahu apakah bahan yang diisi di dalamnya sebelum ini. Tong plastik ini bukan gred yang disyorkan untuk simpanan air minuman dan tidak sesuai digunakan untuk peniaga makanan atau minuman.

“CAP bimbang sekiranya trend penggunaannya berleluasa dikhuatiri akan menjejaskan kesihatan pengguna terutama masalah alahan kulit dan sebagainya,” katanya dipetik Kosmo.

Jelas Hatijah, dalam keadaan ‘darurat’ sebegini, sebaiknya air yang disimpan di dalam tong terbabit digunakan untuk pembersihan dan bukannya diminum.

CAP gesa KPDN negeri pantau penjualan tong biru berikutan harga naik mendadak

Dalam pada itu, CAP juga menggesa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) negeri untuk memantau penjualan tong air biru yang didakwa dijual pada harga yang mahal.

“Sebelum ini, tong tanpa penutup dijual RM60 hingga RM65 (isian 200 liter), namun minggu ini harganya naik dua kali ganda iaitu RM120 sebiji.

“Tong isian 170 liter pula dijual RM170 sebiji berbanding RM70 hingga RM88 pada Disember lalu. Peningkatan harga itu turut dikesan berlaku di premis barangan plastik di negeri ini. Peniaga mula ambil kesempatan kerana terdapat permintaan tinggi,” katanya lagi.

Pulau Pinang alami masalah gangguan bekalan air selama empat hari

Terdahulu, media melaporkan Pulau Pinang dijangka berdepan masalah gangguan air selama empat hari bermula 10 Januari hingga 14 Januari ini.

Difahamkan, kira-kira 590,000 pengguna air di negeri terbabit termasuk pengguna bukan domestik di semua kawasan perindustrian utama akan mengalami gangguan bekalan air.

Gangguan tersebut berlaku untuk membolehkan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) menjalankan kerja pembaikan paip segera di Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua.

Dalam pada itu, Menteri Sumber Manusia Steven Sim mengingati para majikan agar tidak memaksa pekerja mereka untuk mengambil cuti sepanjang tempoh tersebut dan memotong gaji pekerja sekiranya pihak syarikat memilih untuk menutup sementara operasinya.

Baca Artikel Berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.