fbpx
Now Reading
Bekalan Air Terputus, Penduduk Di Pulau Pinang Sanggup Tunggang Motosikal Sejauh 5km Cari Anak Sungai

Bekalan Air Terputus, Penduduk Di Pulau Pinang Sanggup Tunggang Motosikal Sejauh 5km Cari Anak Sungai

Paras air Sungai Muda, Lahar Tiang, Kepala Batas turun sehingga bawah 1.0m, bekalan air penduduk Pulau Pinang terjejas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seramai 660,00 penduduk Pulau Pinang terjejas akibat tiada bekalan air bermula Ahad lepas (14 Mei) sehingga esok (17 Mei).

Memetik daripada Kosmo, sumber bekalan air dikatakan terputus ekoran daripada penurunan paras air Sungai Muda Lahar Tiang, Kepala Batas yang turun dengan mendadak sejak Ahad lalu.

Bekalan Air Terputus Selama Empat Hari

Gangguan bekalan air telah dimaklumkan secara rasmi oleh Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP) melalui media sosial rasmi pada Ahad (14 Mei).

Gangguan ini dikatakan akan berlarutan sehingga esok (17 Mei) namun bekalan air akan pulih secara berperingkat.

Penduduk Sengsara, Sanggup Tunggang Motosikal Sejauh Lima Kilometer Cari Bekalan Air

Keluarga yang mempunyai bilangan anak yang ramai dan warga emas merupakan antara kumpulan penduduk yang paling terkesan akibat gangguan bekalan air ini.

Bahkan gangguan ini menyebabkan penduduk yang tinggal di bangunan bertingkat tinggi seperti flat terpaksa turun naik bagi mengangkut bekalan air ke rumah masing-masing dan beratur panjang bagi mendapatkan bekalan air.

Ada juga penduduk yang sanggup menunggang motosikal sejauh lima kilometer semata-mata untuk mendapatkan bekalan air.

Menurut seorang penduduk, Norbi Ahmad, 65, beliau hanya menyedari berhubung gangguan ini pada lewat petang hingga menyebabkan beliau tidak sempat untuk membuat persiapan yang mencukupi.

“Memang sengsara setiap kali bekalan air terjejas. Ini merupakan kejadian kali kedua apabila melibatkan tempoh lebih sehari dan tahun lalu pada awal Julai.”

Penduduk, Norbi Ahmad

Dalam pada itu, seorang suri rumah, Aina Hassan, 43 memaklumkan, bekalan air menyukarkan beliau untuk melaksanakan kerja-kerja harian.

“Air yang disimpan hanya cukup guna mandi dan jerang air dan masak sikit-sikit untuk anak-anak makan.”

Suri Rumah, Aina Hassan

Terkini, menerusi laman Facebook rasmi PBAPP, perkhidmatan bekalan air Pulau Pinang dikatakan telah pulih pada tahap 90% bagi tempoh 36 jam. Bekalan air dijangka akan pulih sepenuhnya pada Rabu (17 Mei).

Baca Artikel Berkaitan: 5 Persediaan Semasa Gangguan Bekalan Air

Baca Artikel Berkaitan: Keputusan Kerajaan Negeri Adalah Muktamad, Tidak Akan Bekalkan Air Ke Pulau Pinang – MB Perak

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.