Pada 28 Januari, tular video di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki berusia 26 tahun yang memukul seorang wanita warga emas di sebuah kawasan rekreasi, Baruh Glamping Park, Tanjung Kling, Melaka.
Dalam video tersebut, lelaki berkenaan secara tiba-tiba telah meluru ke arah wanita berkenaan dan memukulnya selepas dia menegur pemuda itu kerana membakar sampai secara terbuka.
Ekoran daripada tindakannya itu, lelaki yang juga cucu kepada pemilik tapak berkenaan telah ditahan polis.
Baca artikel berkaitan: Tular Tumbuk Warga Emas Di Tapak Glamping, Individu Lelaki Ditahan Polis
Baca artikel berkaitan: Tular Pukul Warga Emas, Ini Respon Pemilik Tapak Glamping – “Kami Hanya Pertahankan Diri”
Terbaharu, lelaki yang bertindak memukul warga emas itu mengaku tidak bersalah ketika didakwa Mahkamah Majistret Melaka pada hari ini (1 Februari).
Muhammad Amirul Mohd. Noor membuat pengakuan itu sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Sharda Shienha Mohd. Suleiman.
Berdasarkan kertas pertuduhan, lelaki berkenaan didakwa dengan sengaja telah memukul Tan Soo Ee, 77, menggunakan tangannya sehingga mangsa mengalami kecederaan.
Insiden berlaku sekitar jam 1.20 petang di belakang sebuah rumah di Batu 9 Pantai Kundor, Tanjung Kling, Melaka Tengah.
Sekiranya sabit kesalahan tertuduh boleh dikenakan hukuman penjara setahun atau denda sehingga RM2,000 atau kedua-duanya sekali di bawah Seksyen 323 Kanun Keseksaan.
Timbalan Pendakwa Raya, Nor Asnini Kmarudin mencadangkan jaminan berjumlah RM8,000 dikenakan kepada Muhammad Amirul berserta syarat tambahan.
Peguam, Nur Aminahtul Mardiah Md. Nor dan juga Nurul Hafidzah Hassan yang mewakili tertuduh membuat rayuan agar jaminan direndahkan kerana anak guamnya belum mempunyai kerja tetap. Selain itu, dia hanya membantu neneknya membersihkan tapak terbabit.
Kata Nur Aminahtul, Muhammad Amirul merupakan Orang Kurang Upaya (OKU) disebabkan mengalami keretakan di bahagian kepala selepas terbabit dalam kemalangan ketika berusia tujuh tahun.
“Walaupun bersekolah, dia tidak boleh menduduki peperiksaan dan mempunyai kad orang kurang upaya (OKU).
“Tertuduh tiada risiko melarikan diri kerana tinggal dengan nenek dan ibunya selepas bapanya meninggal dunia akibat kanser limfoma pada November 2023 selain memberi kerjasama penuh dalam siasatan polis,” jelasnya, lapor Harian Metro.
Tertuduh turut mendakwa pergaduhan yang berlaku itu berpunca dari provokasi warga emas terbabit.
Mahkamah kemudian membenarkan tertuduh diikat jamin RM2,500 dengan seorang penjamin dan syarat tambahan di mana tidak boleh berjumpa mahupun menghubungi warga emas itu menerusi apa-apa medium.
Tarikh sebutan semula kes dan penyerahan dokumen ditetapkan pada 21 Mac.
Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…
Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…
Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…
Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…
Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…
Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…