fbpx
Now Reading
Bukan Hilang, Rupanya Boss Mario ‘Healing’ & Kini Jalani Rawatan Kerana Tertekan Fikir Bonus Pekerja

Bukan Hilang, Rupanya Boss Mario ‘Healing’ & Kini Jalani Rawatan Kerana Tertekan Fikir Bonus Pekerja

Menurut Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Boss Mario berjaya dikesan semalam di sebuah hospital ketika sedang mendapatkan rawatan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini kecoh di media sosial mengenai berita kehilangan influencer, Yew Boon Xiang  atau lebih dikenali sebagai ‘Boss Mario’.

Boss Mario yang juga usahawan gajet itu dilaporkan hilang sejak Jumaat lalu (2 Februari) selepas dia keluar memandu ke Pantai Klebang sekitar jam 3 pagi.

Polis berjaya kesan Boss Mario sedang menerima rawatan di sebuah hospital

Setelah dua hari kehilangan Boss Mario, pihak polis akhirnya berjaya mengesan lelaki terbabit semalam (4 Februari) di sebuah hospital di Jalan Syed Abdul Aziz ketika dia sedang mendapatkan rawatan.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, Boss Mario telah didaftarkan di hospital terbabit pada pukul 2.15 petang semalam.

Abang Boss Mario kesan adiknya guna perkhidmatan e-hailing

Menurutnya, perkara itu dimaklumkan oleh abangnya yang berjaya mengesan Boss Mario telah menggunakan perkhidmatan e-hailing untuk ke hospital terbabit sebelum menghubungi pusat rawatan berkenan untuk mendapatkan pengesahan.

“Hasil siasatan, Mario dikatakan telah menyendiri di sebuah rumah tinggal di sekitar kawasan Klebang untuk mencari ketenangan berikutan berasa tertekan untuk menguruskan syarikat miliknya.

“Dia kemudian telah mendaftar masuk ke hospital tersebut pada pukul 2.15 petang tadi dan sedang diberikan rawatan intrevena atau IV drip,” katanya dipetik Kosmo.

Boss Mario akui tertekan fikir ingin beri bonus kepada 22 pekerja

Menurutnya lagi, influencer terbabit juga mengakui tindakannya itu dilakukan berikutan tekanan yang dihadapi kerana tidak dapat menguruskan dua kedai gajet miliknya dan mahu memberi bonus kepada 22 orang pekerjanya.

Terdahulu, berita mengenai kehilangan Boss Mario mula tersebar dan mendapat perhatian ramai selepas salah seorang pekerjannya memuat naik hantaran meminta pertolongan orang ramai mengenai hal tersebut.

Pada hari kejadian, kenderaan Boss Mario juga ditemui ditinggalkan dalam keadaan berkunci di sekitar kawasan Pantai Klebang.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.