fbpx
Now Reading
Istana Buckingham Sahkan Raja Charles III Hidap Kanser

Istana Buckingham Sahkan Raja Charles III Hidap Kanser

Raja Charles III memilih untuk berkongsi tentang diagnosis kansernya bagi mengelak spekulasi dan berharap ia dapat membantu pemahaman umum mengenai penyakit itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Raja Britain, Raja Charles III disahkan menghidap kanser oleh Istana Buckingham menerusi satu kenyataan semalam (5 Februari) selepas seminggu baginda keluar dari hospital susulan pembedahan prostat.

Menurut pihak Istana, kebimbangan lain dikenal pasti ketika rawatan prostat bengkak dijalankan di hospital pada baru-baru ini, selain mereka turut memaklumkan baginda sudah memulakan rawatan namun tidak menyatakan jenis kanser yang dihadapi.

Charles dinasihati tangguh dahulu beberapa urusan rasminya

Jelasnya lagi, Charles pada ketika ini dinasihatkan oleh doktor agar menangguh dahulu beberapa urusan rasminya meskipun baginda kekal positif dan mahu kembali menjalankan tanggungjawabnya secepat mungkin.

Menurut kenyataan itu lagi, baginda juga memilih untuk berkongsi tentang diagnosis kansernya bagi mengelak spekulasi dan berharap ia dapat membantu pemahaman umum mengenai penyakit itu.

“Diagnos lanjutan mendapati ia adalah kanser,” katanya.

Harry yang kini di AS akan melawat bapanya di UK beberapa hari lagi

Pengumuman berkenaan meraih pelbagai sokongan terhadap Charles, selain anak baginda juga, Putera Harry memaklumkan sudah berbincang mengenai diagnosis dan akan melawat bapanya.

Menurut Berita Harian memetik sumber yang rapat dengan Harry, suami kepada Meghan Markle itu yang menetap di California, Amerika Syarikat dijangka akan menziarahi baginda di United Kingdom beberapa hari lagi.

Kesihatan Charles sebelum ini diumumkan baik, hanya ada kecederaan akibat bersukan

Sebelum ini, tahap kesihatan baginda yang ditabalkan sebagai raja selepas kemangkatan bondanya, Ratu Elizabeth II pada 8 September 2022 secara umumnya adalah baik, meskipun terdapat kecederaan akibat sukan polo dan ski.

Januari lalu, baginda juga meraih pujian kerana secara terbuka memaklumkan keadaan prostatnya, selain doktor mengakui lebih ramai masyarakat dijangkiti penyakit itu mula tampil mendapatkan rawatan selepas pengumuman berkenaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.