fbpx
Now Reading
“Itu Tidak Benar” – Raghad Nafi ‘Bawa Lari’ Taib Mahmud Dari Hospital

“Itu Tidak Benar” – Raghad Nafi ‘Bawa Lari’ Taib Mahmud Dari Hospital

Polis Sarawak mengesahkan telah menerima satu laporan berkenaan insiden Tun Abdul Taib Mahmud dikeluarkan dari hospital oleh seorang wanita yang menurut segelintir pihak adalah isterinya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum sedia maklum bahawa perkhidmatan Tun Abdul Taib Mahmud sebagai Yang di-Pertua Negeri Sarawak ke-7 telah tamat pada 26 Januari lalu.

Beliau sebelum ini telah dimasukkan ke hospital kerana keadaan kesihatannya yang semakin merosot. Malah, beliau dipercayai mengalami masalah jangkitan kuman di bahagian kepala yang boleh membawa maut.

Semalam, tular dakwaan bahawa Taib dibawa lari dari hospital oleh isteri keduanya, Toh Puan Raghad Kurdi Taib, bertentangan dengan nasihat para doktor.

Media Sarawak Report mendakwa bahawa Taib dibawa keluar dari unit rawatan rapi (ICU) Normah Medical Specialist Centre, Kuching pulang ke kediamannya di Demak Jaya.

Walau bagaimanapun, Raghad menerusi hantaran ‘story’ di akaun Instagramnya, menafikan dakwaan ini.

“Itu tidak benar. Ini adalah buktinya,” tulisnya di hantaran story Instagram.

Dia memaparkan satu dokumen nota jururawat bertarikh 2 Februari yang mengandungi tulisan tangan tidak boleh dibaca sebagai bukti. Ia dipercayai telah ditandatangani oleh seorang jururawat berdaftar bernama Benedette Tommy.

Sumber gambar: @raghadtaib/ Instagram
Sumber gambar: @raghadtaib/ Instagram

Polis Sahkan Terima Laporan Taib Mahmud Dibawa Keluar Dari Hospital

Terdahulu, tular satu laporan polis bertarikh 4 Februari yang didakwa dilakukan oleh seorang doktor yang bertugas di hospital swasta berkenaan.

Menurut New Straits Times, polis mengesahkan telah menerima satu laporan berkenaan insiden tersebut.

Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Mancha Ata, memaklumkan bahawa perkara itu sedang disiasat di bawah Seksyen 336 Kanun Keseksaan, iaitu perbuatan yang membahayakan nyawa atau keselamatan orang lain.

Dalam masa yang sama, polis Sarawak mengesan satu hantaran berkenaan Taib yang telah tular di media sosial.

Pihak polis Sarawak menasihati orang ramai supaya tidak menyebarkan hantaran berkenaan dan elakkan daripada melakukan sebarang spekulasi.

Mancha mengingatkan orang ramai bahawa perbuatan menyebarkan maklumat palsu boleh dikenakan tindakan sebagai kesalahan fitnah di bawah Seksyen 500 Kanun Keseksaan.

Selain itu, individu terlibat boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 iaitu penggunaan tidak wajar kemudahan perkhidmatan rangkaian dan lain-lain.

Raghad Dipertanggungjawabkan Sepenuhnya Berkenaan Taib Mahmud

Keluarga Yang di-Pertua Sarawak ke-7 itu masih tidak mengetahui keberadaannya setelah dibawa keluar dari hospital oleh isteri keduanya.

Adiknya, Datuk Mohammad Tufail Mahmud, telah melakukan laporan polis supaya perkara tersebut disiasat.

Dia turut menegaskan bahawa Raghad akan dipertanggungjawabkan sepenuhnya jika terjadi sebarang kejadian tidak diingini ke atas Abdul Taib memandangkan beliau memerlukan rawatan di hospital.

Tufail mendakwa telah diberi satu salinan laporan polis dilakukan oleh seorang doktor dari hospital di mana Taib ditempatkan, lapor New Straits Times.

Doktor tersebut membuat dakwaan bahawa Taib dibawa keluar secara paksa dari hospital walaupun telah diberi nasihat bahawa beliau memerlukan rawatan di fasiliti berkenaan.

Anak-Anak Taib Mahmud Failkan Injuksi Terhadap Raghad

Menurut premier Sarawak, Abang Johari Openg, Taib sedang pulih sejak jatuh sakit ketika berada di luar negara tahun lepas.

Sebagai info tambahan, anak-anak Taib telah memfailkan satu injuksi terhadap ibu tiri mereka, Raghad, mengenai pemindahan saham syarikat Cahya Mata Sarawak Berhad kepadanya.

Datuk Seri Sulaiman Abdul Rahman Taib dilaporkan telah mempertikaikan keaslian tandatangan bapanya pada beberapa dokumen membabitkan pemindahan saham tersebut.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.