Polis Temui Tulang Dipercayai Milik Manusia Di Rumah Terbiar Di Batu Pahat

Hari ini (6 Mac), tular laporan berita mengenai pihak polis menemui tulang-tulang dipercayai milik manusia di Johor.

Difahamkan, tulang-tulang terbabit mula ditemui pada 11.30 pagi, 28 Februari lalu di sebuah kawasan rumah terbiar di Jalan Besar Tongkang Pechah, Batu Pahat.

Tulang mula ditemui oleh orang awam sebelum laporan polis dibuat

Memetik FMT, Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Ismail Dollah berkata, tulang-tulang berkenaan mula ditemukan dahulu oleh orang awam.

Menurutnya, susulan itu, satu laporan polis telah dibuat sebelum pasukan forensik dari IPK Johor bergegas ke lokasi kejadian.

Setibanya di lokasi, Ismail berkata pasukan forensik menemukan dua tulang bahagian paha, dua tulang betis dan dua tulang keting.

Gambar sekadar hiasan (Foto: Pexels)

Tulang dihantar ke Jabatan Kimia Johor untuk analisis perbandingan DNA

Menurutnya, tulang-tulang itu kemudiannya dibawa ke Jabatan Kimia Johor pada 29 Februari untuk analisis perbandingan DNA.

“Pihak polis masih menunggu keputusan laporan analisis daripada Jabatan Kimia Johor.

“Dijangka proses analisis kimia ini mengambil masa lebih kurang sebulan,” katanya dipetik Bernama.

Individu yang mempunyai maklumat sila tampil bantu siasatan

Berkongsi lanjut, Ismail meminta mana-mana individu yang mempunyai maklumat agar menghubungi IPD Batu Pahat di talian 07-4363300.

Selain itu, beliau turut menasihati orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung penemuan terbabit.

Tulang mula dijumpai oleh seorang pemandu jengkaut

Difahamkan, tulang-tulang tersebut dijumpai oleh seorang pemandu jengkaut ketika sedang melakukan kerja pembersihan tapak di kawasan terbabit.

Dia kemudian memaklumkan perkara itu kepada beberapa orang peniaga yang kebetulan pada ketika itu sedang berniaga di tepi jalan berhampiran.

Antara peniaga-peniaga tersebut ialah, Mohammad Daniel Saiin, 18, yang kemudiannya terus ke lokasi berkenaan.

“Kami terkejut apabila pemandu jengkaut memberitahu jumpa tulang di tepi dan belakang rumah sewa terbiar. Saya dan rakan lihat sendiri di mana tulang itu ditemui, ada di tepi dan juga belakang rumah.

“Boleh dikatakan bersepah-sepah pada ketika itu. Pekerja pembersihan belukar itu kemudian mengumpul kesemua enam tulang sebelum memaklumkan pada polis.

“Petang hari itu juga, polis datang untuk menjalankan siasatan.” katanya dipetik Harian Metro.

Tulang ditemui berhampiran kawasan penemuan mayat Bella

Katanya lagi, kawasan berkenaan merupakan lokasi penemuan rangka seorang wanita, Bella atau nama penuhnya Mila Sharmila Samsusah, 32, yang sebelum ini mati dibunuh oleh teman lelakinya.

Pihak polis bagaimanapun belum mengesahkan sama ada tulang-tulang itu milik Bella atau bukan.

Sekadar rekod, polis pada 23 Januari mengesahkan rangka manusia yang dijumpai di sebuah rumah terbengkalai di Tongkang Pechah adalah milik Bella.

Selain itu, cebisan kain yang dijumpai pada rangka manusia tersebut dipercayai pakaian terakhir yang dipakai mangsa sewaktu hilang.

Baca Artikel Berkaitan: Polis Sahkan Rangka Yang Dijumpai Adalah Milik Bella

Recent Posts

  • Dunia
  • Trending

Gara-gara Wanita Letak Kereta Di Tempat Tak Sepatutnya, Nama Malaysia Jadi Sebutan Di Jepun

Ekoran daripada insiden 'double park' tersebut, kontraktor di Jepun terpaksa mengambil masa selama 3 jam…

2 days ago
  • Trending

Pelari Menara Terbaik Dunia Bawa 1 Beg ‘Jajan’ Dari Malaysia Untuk Kongsi Dengan Atlet Negara Lain

Antara snek zaman kanak-kanak yang dibawa di dalam bagasi Soh Wai Ching adalah keropok jenama…

2 days ago
  • News
  • Trending

Guru Didakwa Tampar, Tumbuk & Cekik 4 Pelajar Hanya Kerana Diintai Ketika Sedang Merokok

Guru sekolah agama berkenaan didakwa turut memarahi dan melemparkan kata-kata kesat kepada beberapa orang murid…

2 days ago
  • Trending

Pelancong China Kecewa Bercuti Di Malaysia, Badan Basah Kuyup Gara-gara Hujan Tak Henti

Pelancong dikenali sebagai Xiao Huihui itu mengeluh selepas terpaksa meredah hujan lebat ketika bersiar-siar di…

2 days ago
  • Trending

Kereta Terpaksa Jalan Mengundur Gara-gara Kamera Di Palang Parkir ‘Gagal’ Imbas Nombor Plat [Video]

Jelas pemilik kereta, dia terpaksa meletakkan nombor plat di bahagian depan kiri kerana ruangan tengah…

2 days ago
  • Trending

Pelajar Gigih Ulang Kaji Pelajaran Bawah Lampu Jalan Curi Perhatian Netizen [Video]

Menurut beberapa netizen, pelajar yang belajar di bawah lampu jalan itu merupakan penuntut dari Universiti…

2 days ago