fbpx
Now Reading
Anak OCPD Lahad Datu Maut Akibat Tembakan Di Dada, Polis Rampas Pistol Walther P99 Berkait Kes

Anak OCPD Lahad Datu Maut Akibat Tembakan Di Dada, Polis Rampas Pistol Walther P99 Berkait Kes

Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabar, Datuk Shahurinain Jais terdapat luka tembakan pada dada kanan mangsa yang mengenai organ paru-paru dan tembus di bahagian belakang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam (16 April) remaja perempuan berusia 14 tahun yang juga anak kepada Ketua Polis Daerah (KPD) Lahad Datu, Asistem Komisioner Dzulbaharin Ismail telah ditemukan maut dalam keadaan berlumuran darah dalam sebuah bilik di Taman Tabanak, Sabah.

Kejadian itu turut disahkan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain yang memberitahu polis sedang melakukan siasatan lanjut berhubung kes.

Beliau bagaimanapun meminta orang ramai untuk tidak membuat sebarang spekulasi contohnya mangsa tertembak diri sendiri atau sebagainya selagi siasatan belum disiapkan.

Baca artikel berkaitan: Anak Perempuan Ketua Polis Daerah Lahad Datu Ditemukan Maut Berlumuran Darah

Polis rampas Pistol Walther P99 yang berkait dengan kes kematian remaja perempuan

Terbaharu, polis mengesahkan sepucuk pistol yang dikaitkan dengan kes terbabit telah dirampas.

Pihak polis merampas pistol jenis Walther P99 itu untuk tujuan siasatan berhubung kes tersebut.

Bagaimanapun, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Shahurinain Jais memberitahu tiada sebarang tangkapan dilakukan dan siasatan tidak menemui apa-apa unsur berkaitan jenayah dalam kes yang berlaku.

“Kes diklasifikaskan sebagai kematian mengejut (SDR) dengan siasatan lanjut masih dijalankan,” ujarnya lapor Kosmo.

Sementara itu, polis telah merakam keterangan tiga saksi untuk membantu siasatan namun tidak mahu mendedahkan identiti individu terbabit.

Memetik Harian Metro, Shahurinain memaklumkan hasil bedah siasat mendapati kematian mangsa berpunca daripada tembakan di bahagian dada kanan.

“Terdapat luka tembak pada dada kanan yang mengenai organ paru-paru dan tembus di bahagian belakang badan.

“Hasil bedah siasat merumuskan kematian mangsa adalah disebabkan luka tembakan pada bahagian dada.”

Siasatan turut mendapati hanya satu das tembakan yang dilepaskan sewaktu insiden berlaku.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.