fbpx
Now Reading
Bapa Sanggup Tolak Anak Istimewa Dalam Stroller Pada Acara Larian Ketika Hari Sukan Undang Sebak [Video]

Bapa Sanggup Tolak Anak Istimewa Dalam Stroller Pada Acara Larian Ketika Hari Sukan Undang Sebak [Video]

Menerusi satu lagi video, kelihatan wajah pelajar perempuan berkenaan gembira ketika bapanya mula berlari untuk menolak stroller sebaik hon angin dibunyikan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Individu yang bergelar bapa sering menjadi inspirasi di mata anak-anak.

Ini kerana figura seorang bapa ini sentiasa dianggap sebagai adiwira apabila sanggup berkorban apa sahaja demi melihat keluarga bahagia.

Malah, penat lelahnya juga hilang tatkala dapat melihat senyuman dan kegembiraan di wajah yang tersayang.

Bapa sanggup tolak anak istimewa dalam stroller untuk acara larian

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan pengorbanan seorang bapa apabila sanggup ‘mencuri masa’ dari waktu bekerjanya untuk menolak anak perempuan yang dipercayai Orang Kurang Upaya (OKU) dalam satu acara larian.

Difahamkan acara larian itu adalah bersempena dengan Hari Sukan di Sekolah Rendah Besout 1, Perak.

Menerusi video yang dimuat naik oleh Shafiq Mokhtar, awalnya kelihatan para peserta telah mengambil tempat untuk bersedia sebelum pengadil membunyikan hon angin.

Turut kelihatan bapa kepada pelajar perempuan itu juga sudha bersedia bersama anak perempuannya yang berada di dalam stroller.

Kelihatan si bapa bersungguh-sungguh berlari sambil tolak stroller

Sebaik sahaja hon angin dibunyikan oleh pengadil, bapa kanak-kanak berkenaan segera berlari sambil menolak stroller dengan bersungguh-sungguh untuk bersaing bersama pelajar lain.

Malah guru yang berada di kawasan berdekatan tidak melepaskan peluang untuk memberikan semangat kepada peserta.

Guru turut serta lari iring pelajar terbabit

Di hujung video, guru yang memberi semangat berkenaan turut serta berlari mengiring pelajar di dalam stroller.

“Kasih sayang seorang ayah kepada anaknya, ambil masa kerja sekejap untuk teman anak bagi hari sukan sekolah,” tulis Shafiq.

@purtek27

Kasih Sayang Seorang Ayah Kepada Anaknya 🥹, Ambil Masa Kerja Sekejap Untuk Teman Anak Untuk Hari Sukan Sekolah Anak #anakistimewa ♥️ #kasihsayangayah ♥️ #BagiSemangat ♥️

♬ original sound – xxme7xx – netballfans

Bapa ucap terima kasih rakam detik indah bersama anak

Dalam ruangan komen, bapa kepada pelajar tersebut telah mengucapkan terima kasih kepada Shafiq kerana sudi merakamkan detik indahnya bersama anak.

Selain Shafiq, bapa hebat ini juga tidak melepaskan peluang untuk berkongsi detik indah bersama anak perempuan menerusi akaun TikTok miliknya.

Apa yang lebih menarik dalam video dimuat naik itu kelihatan wajah gembira pelajar tersebut tatkala si bapa mula menolak stroller untuk berlari.

Perkongsian video itu secara tidak langsung membuatkan ramai sebak apabila melihat pengorbanan seorang bapa buat anak yang disayanginya.

“Waktu ni walaupun seorang ayah tak kuat percayalah, dia sehabis kuat”

“Terbaik layanan ayah.. bahagiakan anak-anak”

“Seronok dia ya, bertuah kau dik Allah kurniakan seorang ayah yang penyayang dan penyabar serta bersyukur”

“Dapat rasakan keceriaan dan kegembiraan yang tergambar pada adik ni.. mungkin tengah memberi kata-kata semangat pada ayahnya ‘laju lagi yah, laju ayah’. Tetap berjuang sampai garisan penamat”

Baca artikel berkaitan:

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.